Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya akan disyorkan kepada kerajaan untuk ditamatkan berdasarkan dua faktor yang perlu diambil kira.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, keputusan tersebut adalah berpandukan kepada pematuhan SOP oleh rakyat tempatan dan bukan warganegara terutamanya pekerja asing.
Kedua-dua perkara tersebut perlu seiring sebelum KKM bersetuju untuk menamatkan PKPB dan membawa perkara tersebut kepada kerajaan untuk membuat keputusan.
Adakah KKM akan syorkan PKPB ditamatkan?
1. Rakyat tempatan patuh SOP2. Bukan warganegara terutama pekerja asing tidak patuh SOP. (Masalah tempat penginapan/ruang sempit)
Kedua-duanya perlu seiring. Ini yang kita perlu lihat sblm buat keputusan. – @DGHisham
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 1, 2020
Selain itu, KKM turut akan mengesyorkan kepada kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada rakyat dalam sektor lain seperti sukan dan pendidikan.
Namun, keputusan ini akan dibuat sekiranya dalam tempoh satu mingu lagi kes tempatan kekal pada angka satu atau dua digit.
KKM akan syorkan kepada kerajaan beri kelonggaran kpd sektor lain spt sukan dan pendidikan jika dalam tempoh seminggu lagi kes tempatan libatkan rakyat tempatan kekal satu atau dua digit.#COVID19Malaysia??
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 1, 2020
Sumber : Siakapkeli