Hiburan

Amyra Rosli masuk h0spital Mvntah tak henti, Sedangkan Anak ke Dua Masih Perlukan Dia

PELAKON Amyra Rosli mendapatkan r4w4tan kira-kira sejam di sebuah pusat perubatan akibat mengalami keracunan makanan.

Suaminya Amar Baharin berkata, aktres itu mengalami muntah-muntah dan s4kit perut yang serius selepas pulang dari rumah keluarga mereka pada Isnin.

Amar dan Amyra bersama dua orang anak mereka.

“Amyra mengalami ker4cunan makanan yang agak teruk juga.

Sebabkan banyak kali dia mvntah tak berhenti dan mengalami s4kit perut yang berpanjangan, saya ambil keputusan bawa dia ke hospital.

“Anak kedua kami masih lagi menyusu badan, saya takut akan beri kesan kepada baby sebab itu, saya terus bawa Amyra jumpa doktor.

“Selama satu jam juga Amyra di hospital semalam (Isnin) untuk r4w4tan.

Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik tapi sekarang sambung berehat di rumah saja,” kata Amar ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Amyra Rosli masuk h0spital Mvntah tak henti, Sedangkan Anak ke Dua Masih Perlukan Dia Untuk Menyusu

Sebelum ini, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 35, memuat naik foto Amyra sedang terlantar s4kit di sebuah hospital dengan kapsyen mendoakan kesembuhan isterinya di Instagram.

Ruang komen di perkongsian Amar itu dipenuhi dengan doa netizen agar pelakon drama bersiri popular Nur itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Dalam pada itu, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan komen mendoakan Amyra dalam keadaan baik biarpun mereka tidak mengetahui peny4kit yang dialami aktres itu.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari lalu.
Mereka telah memilih nama yang cukup indah buat anak kedua mereka, Ayra Aryssa.

Selain nama, pasangan selebriti ini juga turut mendedahkan wajah puteri mereka buat pertama kali menerusi akaun Instagramnya.

Amyra berkongsi wajah dan nama anaknya itu selepas hari ketujuh puterinya hadir ke dunia.

Pasangan selebriti romantis ini sebelum ini dikurniakan anak lelaki, Aqqef Anaqi.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Amyra Rosli memilih untuk berkongsi rezeki kepada barisan hadapan negara (frontliners) dengan menyumbangkan topeng muka, sarung tangan dan ‘sanitizer’.

“Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia. Dengan harapan sedikit buah tangan kami ni dapat meringankan beban hero-hro Malaysia yang berjuang 24/7 .

“Thank you to our frontliners for your sacrifices in the battle. #StaySafe #StayPositive #DudukRumah #Insya-Allah.

“Cepat kita putuskan rantaian ni, cepat kita dapat keluar mencari rezeki. Itu doa kami untuk semua,” tulisnya lagi.

Dia juga mendedahkan dirinya tidak layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Mac lalu.

Menurut Amar, pemohonannya ditolak disebabkan pendapatan yang diperoleh melebihi kelayakan.

“Dah semak dah. Tak lulus pon. Sebab pendapatan pemohon atau pasangan melebihi kelayakan,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 3,662 orang dengan 61 rekod kematian setakat 5 April.

Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *