Semasa

Wan Fayhsal d4kwa majoriti rakyat Malaysia terima PM Muhyiddin, Sekali Syed Saddiq masuk komen

Ketua Pemuda Bersatu yang dipertikaikan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memb1idas kenyataan timbalan menteri belia dan sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tentang rating Perikatan Nasional (PN).

Katanya, dalam keadaan ratusan ribu orang hi1lang kerja sejak kebelakangan ini, tak ada orang yang kisah soal populariti parti politik.
“Tak ada siapa yang kisah popular atau tak.

“Kini, sudah ada lebih 610,000 hilang kerja. Paling tinggi dalam sejarah negara sejak 1986! Sambil ratusan ribu hi1lang kerja, ada yang beli sokongan ahli parlimen dengan jawatan dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), gaji RM300,000++.

“Apa yang kamu sedang buat ni?” soalnya di Twitter.

Beliau turut mengepil laporan berita yang memetik Wan Fayhsal mendakwa bahawa berdasarkan rating, majoriti rakyat Malaysia- terutamanya Melayu dan bumiputera- telah menerima perdana menteri Muhyiddin Yassin dan PN.

Bagaimanapun, Wan Fahysal tidak menjelaskan sumber rujukan penilaian populariti Muhyiddin yang disebutnya itu, dan sehingga kini, belum ada tinjauan sahih tahap populariti yang diterbitkan bagi menilai kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Wan Fayhsal sepatutnya mencabar Syed Saddiq sebagai ketua pemuda dalam pemilihan Bersatu.

Untuk rekod, keahlian Syed Saddiq dan empat yang lain- termasuk Dr Mahathir Mohamad- dikatakan terhenti serta-merta daripada Bersatu, atas alasan alasan duduk di blok pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Syed Saddiq cab4r Wan Ahmad Fayhsal

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berdepan dengannya dalam pemilihan parti.

Beliau membuat cabaran itu kerana dipercayai tidak puas hati dengan kenyataan balas Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Bersatu itu yang menegaskan dirinya tidak berhak menggunakan nama Armada dan Bersatu untuk apa-apa tujuan sekalipun.

“Kenapa takut nak berdepan saya dalam pemilihan parti? Biar akar umbi memilih, bukan kerana takut kal4h, terus sokong pemecatan,” katanya ringkas menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Syed Saddiq dikatakan bengang apabila Wan Ahmad Fayhsal menegurnya cuba campur tangan soal parti Bersatu, sedangkan beliau bersama empat pemimpin yang lain sudah dilucutkan keahliannya.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam sidang media Jumaat lalu, memberikan penjelasan terperinci bahawa keahlian Syed Saddiq telah gugur secara automatik kerana memihak kepada blok pembangkang.

Semalam juga, Bersatu Bahagian Muar mengeluarkan kenyataan menggesa kemelut parti itu diselesaikan melalui pemilihan baharu, sekali gus menolak ‘pemecatan’ serta merta lima ahli parti termasuk Ketua Bahagian itu, Syed Saddiq.

Keputusan itu dicapai melalui mesyuarat yang diadakan pada Sabtu lalu, dengan sebulat suara menolak pemecatan ke atas Syed Saddiq, atas sebab beliau tidak diberikan hak untuk membela dirinya di hadapan Lembaga Disiplin parti.

Sumber : Trending

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *