Semasa

Mangsa puding buih pertama meningg4l

WANITA yang menjadi mangsa ker4cunan puding buih meningg4l dunia selepas 10 hari bertarung ny4wa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.

Mangsa berusia 25 tahun dari Marang menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada 10.40 pagi akibat keg4galan multiorgan akibat kejutan sepsis.

Mangsa bersama beberapa ahli keluarganya dimasukkan ke HSNZ selepas makan puding itu yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Kem4tiannya disahkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu Dr Alias Razak, yang mana wanita itu mangsa pertama susulan kes itu.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita simpati dan harap keluarga bersabar dengan dugaan diberikan.

“Mangsa lain yang ditempatkan di HSNZ dan hospital swasta sudah pulih, dibenarkan pulang secara berperingkat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HSNZ, hari ini.

Sebelum ini, seramai 99 mangsa dari Kuala Terengganu dan Marang dikejarkan ke HSNZ kerana mengalami mvntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih berkenaan.

Mangsa membabitkan 20 keluarga iaitu 77 pesakit di Kuala Terengganu manakala 22 pesakit dari Marang.

Kejadian itu disiasat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan tindakan diambil ke atas peniaga terbabit, kata Dr Alias.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *