Semasa

Bebas C0vid-19! PM & pegawai2 selesai kuarantin, kembali bertugas esok

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sejumlah pegawai kerajaan yang mengadakan pasca mesyuarat Kabinet pada 22 Mei lalu disahkan bebas jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berikutan ujian saringan yang dijalankan pada hari ke-13 semalam didapati juga negatif seperti sebelum ini.

“Hari ini sebenarnya hari ke-14 daripada pertama kali mereka dikenakan pengasingan dan kuarantin. Kami sudah mengambil calitan dan semua ahli mesyuarat pasca Kabinet itu didapati negatif jangkitan.

“Esok mereka boleh memulakan kerja di pejabat dan sebagainya. Bagi pegawai yang sebelum ini didapati positif…

“…keadaannya sudah semakin baik dan ujian calitan yang dilakukan mendapati ia memperoleh keputusan negatif,” katanya pada sidang media harian Covid-19 petang tadi.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika mengulas mengenai status Perdana Menteri serta 34 pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet pada 20 Mei lalu.

Sumber : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *