Semasa

Tun M dedah pukau guna big data. Sekali Najib mmg mengaku ada “pukau”

Hari Ini Tun M tampil dedahkan melalui pengumpulan data yang menyeluruh berkenaan individu dalam sesuatu masyarakat, maka pihak pakar analisa boleh kenal pasti sifat berkenaan apa yang disukai dan tidak disukai oleh individu berkenaan dan dan seterusnya oleh masyarakat.

Menurut Tun M lagi dengan pengetahuan ini cara mempengaruhi fikiran majoriti anggota boleh ditentukan. Maklumat ini berguna umpamanya untuk mempromosi barang jualan oleh pengusaha dan peniaga.

Berikut pula jawapan Najib Razak

Najib pukau? Najib “pukau” dengan keikhlasan.

Najib curi? Najib curi hati rakyat.

Najib salah? Najib salah kerana sayang rakyat.

Semasa saya Perdana Menteri, ekonomi kita kukuh. Rakyat ada kerja dan pendapatan.

Kerajaan dengan aset dan khazanah beratus bilion.

Pembangunan demi pembangunan infrastruktur.

Setiap tahun, saya tingkatkan bantuan terus kepada rakyat.

Anak yatim. Warga emas. Anak sekolah. Keluarga berpendapatan rendah. Bujang.

Setiap rakyat menikmati kemakmuran negara.

Stabil dan membangun.

Saya Najib Razak.

Saya datang dengan kesungguhan.

Saya ‘pergi’ dengan kesabaran.

Saya ‘pulang’ dengan keikhlasan.

Najib dominasi media sosial di Malaysia

SHAH ALAM – Para pemimpin di Malaysia turut tidak ketinggalan menyertai gelombang media sosial, sama ada digunakan sebagai wadah menyampaikan berita, menyebarkan propaganda, mengkritik parti lain dan mendedahkan cerita-cerita panas politik.

Tidak dapat dinafikan kuasa media sosial sama ada daripada aspek positif atau negatif amatlah ketara terutamanya dalam dunia politik.

Dalam konteks Malaysia, jika sebelum pilihan raya ke-14 pada tahun 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin paling berpengaruh di media sosial sehingga digelar Raja LiveFB.

Namun, dengan hashtag Malu Apa Bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak mula meraih sokongan netizen terutamanya kelompok pengguna laman sosial muda sehingga digelar Raja Troll.

Yang pasti, hari ini berdasarkan statistik jumlah pengikut di Facebook dan Twitter, Najib merupakan pemimpin paling berkuasa di media sosial Malaysia apabila menjadi pemimpin politik yang memiliki pengikut paling ramai.

Berdasarkan laman web Socialbakers yang menganalisis statistik media sosial, Najib berada di depan dengan 3.9 juta pengikut di Facebook dan 4.2 juta pengikut di Twitter.

Dr Mahathir berada di tempat kedua di Facebook dengan jumlah 3.6 juta pengikut, tetapi ranking kedua di Twitter pula menjadi milik Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan 2.4 juta pengikut.

Juara carta pemimpin paling banyak pengikut di laman media sosial akan sentiasa berubah, namun yang pasti media sosial kini merupakan ‘senjata’ penting ahli politik dalam memikat hati penyokong mereka.

Sementara itu, pakar sosial merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, bagi mengelak manipulasi kenyataan oleh pihak tidak bertanggungjawab, seseorang pemimpin perlu mempunyai akaun media sosial rasmi bagi membolehkan masyarakat membuat rujukan berita sebenar.

Katanya, pemimpin di Malaysia seharusnya mengambil kesempatan menggunakan medium sosial tetapi pada masa sama tidak mengabaikan media konvensional yang masih punya pengikut tersendiri.

Sumber : Trending

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *