Semasa

Wakil rakyat kec4m sepanduk usir ‘R0hingya’ masuk kampung

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat mengec4m pihak yang menaikkan sepanduk mengusir Rohingya daripada memasuki satu kampung di Masai, Johor.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dalam kenyataan mengenai sepanduk di surau Kampung Plentong Baru berkata amat dikesali sekiranya ia dipasang oleh jawatankuasa surau itu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim

Beliau meminta mufti Johor menegur dan mendidik semua ahli jawatankuasa surau itu.

“Tanggungjawab seorang Muslim kepada seseorang manusia lain ialah memberi perlindungan ke atas manusia lain yang mengalami penindasan seperti rakyat Rohingya yang ditindas oleh kerajaan Myanmar,” katanya kepada FMT.

Sebelum itu, tular di media sosial sepanduk mengusir R0hingya itu, yang tertera “Kami tak perlukan anda di sini”.

Hassan memberitahu FMT, ketua kampung itu berkata jawatankuasa surau tidak memasang sepanduk itu.

“Saya telah nasihatkan kepada ketua kampung tersebut supaya minta jawatankuasa surau turunkan sepanduk berkenaan,” katanya.

Sumber : FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *