Semasa

Sayu kenang ny4wa anak diragut Covid-19

“SETIAP kali teringat anak sulung yang meningg4l dunia akibat Covid-19 sehari sebelum Ramadan lalu, air mata saya akan mengalir, ” kata ibu tunggal Rubiah Hussin, 66.

Baginya, berita pilu itu merentap jiwa dan perasaannya berikutan anaknya Allahyarham Haslina Mohd Yusof ,41, nadi utama kehidupan hariannya yang turut menjaga seorang lagi anak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) menghidap penyakit autisme dan epilepsi.

Menurutnya, untuk tidak mengganggu perasaan dan mental anak keduanya Ahmad Radzi Mohd Yusof , 39, dia masih merahsiakan kematian kakak sulungnya itu.

Ia juga disebabkan hubungan mesra dua beradik itu jika mereka bertemu atau Allahyarham pulang bercuti.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk saya memberitahu dia bahawa kakak kesayangannya sudah meninggal dunia tambahan pula kesihatan Radzi yang tidak menentu kerana sering mengalami kekejangan, pengsan dan jatuh.

“Memang sayu apabila Radzi sering bertanya kakaknya dan kali terakhir Allahyarham pulang ke Melaka dua tahun lalu. Situasi berkenaan menyebabkan kerinduan yang tidak tertahan untuknya menanti kepulangan Haslina,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Simpang Gading, Durian Tunggal.

Katanya, dia kini kehilangan arah untuk menampung perubatan Radzi kira-kira RM200 sebulan dan bayaran sewa rumah RM500 sebulan berikutan sebelum ini arwah Haslina sering menghulurkan duit belanja kerana dirinya tidak bekerja sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, Allahyarham bekerja di negara jiran (Singapura) sering berulang alik ke China dalam urusan pekerjaannya namun tidak menyangka dia meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Bagaimanapun, kini dirinya lega apabila usaha sudah dilaksanakan oleh Japerun Durian Tunggal bagi membantunya mendaftarkan Radzi sebagai OKU selain memohon peruntukan Jabatan Agama Islam (Jaim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal diketuai Datuk Ismail Ibrahim turut berusaha membantunya menyelesaikan pembayaran sewa rumah yang dipohon dari Jaim.

Selain itu, Ismail memaklumkan pihaknya juga berusaha mendapatkan Rubiah pekerjaan yang sesuai dengan keupayaannya di lokasi berhampiran.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *