Hiburan

Ahmad Idham dilantik semula CEO FINAS, Sekali Hans Isaac Up Status “kesilapan lama ulang lagi”

“Terpulang kpd mereka nak cakap apa dan menyebut nama siapa. Status saya itu hanya komen berdasarkan situasi semasa.

Lagipun, saya tak baca pun komen mereka. Mungkin selepas ini baru saya nak baca. Dalam masa sama, ini akaun media sosial peribadi saya,” katanya kepada Harian Metro.

Bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hans Isaac, enggan mendedahkan alasan atau sebarang indentiti yang dirujuknya dalam kenyataan ‘panas’ dibuatnya di Instagram kelmarin.

Status berbunyi “kesilapan lama ulang lagi” itu mengundang perhatian ramai dengan sesetengahnya mengaitkan nama Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham, yang dilantik semula memegang jawatan terbabit pada 6 Jun lalu.

“Itu hak netizen nak bercakap.

Selain itu, kata Hans yang juga pelakon dan penerbit, dia tidak akan memberi maklum balas mengenai nama pihak lain tertera di ruangan komen Instagram itu.

“Bagi saya, saya takkan respons mengatakan ia ditujukan pada nama sesiapa.

“Terpulang kepada persepsi masing-masing. Kalau nak baca luahan hati saya mengenai industri kreatif negara, boleh baca di akaun Facebook rasmi saya,” katanya.

Hans ditamatkan perkhidmatan sebagai pengerusi Finas berkuat kuasa pada 23 Mei lalu oleh kerajaan Perikatan Nasional. Dia berada di agensi berkenaan selama 13 bulan hasil lantikan Pakatan Harapan.

“Satu Sen Pun Saya Tak Nak Ambil” – Hans Isaac ‘Pulangkan’ Duit Gaji & Elaun FINAS

Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac nekad untuk mengembalikan kesemua gaji dan elaun diterimanya sepanjang 13 bulan perkhidmatannya.

Menurut Hans, dia tidak mahu mengambil satu sen pun daripada elaun dan gaji berkenaan.

“Saya nak pulangkan duit itu kepada semua penggiat seni yang terjejas teruk akibat COV1ID-19.

“Saya akan pilih mana yang memerlukan tidak kiralah krew, jurusolek, atau mana-mana individu belakang tabir. Saya akan bantu,” katanya.
Jelasnya, dia juga sudah menyimpan hasrat berkenaan sejak mula memasuki FINAS.

“Sejak mula menjadi pengerusi, memang saya tidak mahu apa-apa daripada Finas termasuk gaji dan elaun yang diberikan.

“Sekarang saya tidak lagi dalam agensi itu, jadi sudah tiba masanya saya pulangkan semula elaun berkenaan.

“Jadi kalau ada yang memerlukan boleh datang jumpa saya. Saya juga akan cari mereka yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.
Hans berkata demikian pada satu sidang media khas di Bukit Damansara, semalam.

Untuk rekod, Hans yang dilantik menjadi Pengerusi Finas pada 8 April tahun lalu ditamatkan kontrak daripada jawatan itu pada 23 Mei lalu.
Tempat Hans digantikan dengan Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *