Semasa

Kerajaan Dah Putuskan Tidak Terima Lagi R0hingya, Tapi NGO ni Tetap Berdegil Juga

Pengarah eksekutif Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), Glorene A Das
terkini merayu supaya kerajaan tidak menghantar orang R0hingya pulang ke Myanmar atau ke kem pelarian di Bangladesh.

Ini kerana pelarian tersebut akan sekali lagi terperangkap dalam modus operandi yang melibatkan pemerdagangan manusia.

” Ya sekarang memang ada pihak yang menggesa untuk hantar mereka (R0hingya) pulang, tetapi dalam keadaan pandemik kini ia bakal menyukarkan proses tersebut.

Beberapa NGO menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan keputusan untuk tidak lagi menerima pelarian R0hingya ke negara ini.

NGO hak migran Tenaganita berkata sangat penting bagi Malaysia untuk membincangkan perkara tersebut dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bagi mendapatkan penyelesaian sementara.

” Jadi penting buat kerajaan untuk bekerjasama dengan UNHCR bagi mendapatkan penyelesaian sementara,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Harus bantu orang R0hingya dari memusnahkan mereka

Selain itu, Glorene turut mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia tidak mengadakan perbincangan bersama Myanmar dan mendakwa Asean telah ‘menutup mata’ atas tindakan zaIiim negara itu.

” Mengapa kerajaan Malaysia tidak bercakap dengan kerajaan Myanmar tentang tanggungjawab mereka terhadap orang R0hingya dan di mana Asean?

” Asean seperti tutup mata tentang isu kekej4man Myanmar terhadap R0hingya.

” Pada masa yang mencabar kini, kita harus tetap bersatu padu dan bantu orang R0hingya dari memusnahkan mereka melalui tindakan kita,” katanya lagi.

Tak semua R0hingya terlibat jnayah, kata IKRAM

Walaupun berita mutakhir melaporkan tindakan keras terhadap pendatang asing dan pelarian tanpa dokumen, ratusan orang R0hingya masih terus mempertaruhkan ny4wa mereka untuk sampai ke perairan Malaysia.

Mengulas hal ini, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Badlishah Sham Baharin memberitahu Malaysiakini kerajaan tidak wajar untuk menolak pelarian R0hingya.

Jelasnya, pelarian berkenaan kemungkinan dapat membantu dalam menaikkan ekonomi negara daripada segi sumbangan mereka dalam pekerjaan sektor buruh.

” Kalau kita lihat misalnya, mereka (pelarian R0hingya) jika kita masukkan dalam ekonomi negara, ada kemungkinan ekonomi melonjak dengan sumbangan dan kepakaran mereka,” katanya.

Tambah Badlishah (gambar, atas) lagi, beliau tidak menafikan terdapat pelarian yang melakukan kegiatan jenayah, namun tidak wajar untuk menghukum kesemua pelarian.

” Kita tak nafikan ada di antara mereka terlibat dalam kegiatan jnayah tetapi itu pun tak semua.

” Jadi tak wajar untuk kita hukum semua, tak semua yang buat benda macam itu dan yang tidak terlibat ini mungkin mereka ada peluang untuk bantu kerajaan,” katanya lagi.

” BangIadesh tidak akan menerimanya!”

Demikian kenyataan dikeluarkan oleh BangIadesh pada Selasa berkata pihaknya menolak untuk menerima semula 269 pelarian R0hingya yang ditahan pihak berkuasa Malaysia.

” BangIadesh tidak mempunyai kewajipan atau berada dalam posisi untuk menerima pelarian R0hingya lagi,” kata Menteri Luar AK Abdul Momen kepada agensi berita Anadolu.

Pihak berkuasa Malaysia pada Isnin menahan 269 pelarian R0hingya dan turut menemukan m4yat di atas bot yang rosak di luar pulau peranginan Langkawi.

R0hingya bukan warga BangIadesh

Tambah beliau R0hingya bukan warga BangIadesh, mereka penduduk Myanmar.

Beliau menyeru negara-negara lain turut sama menerima pelarian R0hingya dan beban itu bukan hanya perlu ditanggung BangIadesh sendirian.
” Kita mengalu-alukan negara lain mengambil mereka dan memindahkan 1.1 juta R0hingya yang kini berlindung sementara di BangIadesh,” kata Momen.

Sementara itu, dua lagi pelarian R0hingya di kem sementara di Cox’s Bazar meninggI dnia pada Selasa akibat COVlD-19, menjadikan sehingga kini tiga orang m4ut.

” Hari ini (Selasa), dua lagi kem4tian dan enam kes dilaporkan. Jumlah pelarian yang dijangkiti ialah 35 orang,” kata seorang pegawai Mahbub Alam Talukder.

Beliau berkata lebih 20,000 R0hingya dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang berlindung di khemah yang sama.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan bertindak tegas dalam isu melibatkan pelarian R0hingya yang menceroboh masuk ke negara ini, termasuk tidak lagi menerima mereka selepas ini.

Beliau berkata, antara tindakan akan diambil adalah menghantar pelarian terbabit ke penempatan yang disediakan oleh kerajaan BangIadesh.

Katanya, pada masa sama, Kementerian Luar diminta berbincang dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk menempatkan mereka di negara ketiga lain.

” Kerajaan minta Kementerian Luar berbincang dengan UNHCR supaya hantar mereka ke negara ketiga, banyak negara dunia yang persoalkan (mempertikai) macam mana (cara) Malaysia urus pelarian R0hingya ini.

” Jadi kita minta mereka terimalah. Saya minta Kementerian Luar bincang dengan mereka supaya terima R0hingya kerana mereka adalah ahli konvensyen mengenai pelarian.

” Kita akan tegas kali ini, kita akan hantar mereka ke BangIadesh dan negara ketiga lain,”

” Apabila masuk ke dalam perairan mereka terjun ke laut. Jadi kita tak mempunyai banyak pilihan sama ada nak biar mereka di laut atau selamatkan mereka atas dasar kemanusiaan.

” Takkan nak biar anak kecil, orang tua m4ti depan mata tanpa selamatkan mereka,” katanya pada Selasa.

Sumber : budaksitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *