Semasa

Tun M cadang tubuh ‘Parti Apa Aku Dapat’, Sekali Najib Petik ‘Anak-Anak Daddy’ Ada Makna Tu

KUALA LUMPUR, 12 Jun ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercadang untuk menubuhkan sebuah parti baru selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskannya berpecah dua.

Dr Mahathir dalam nada sinis berkata “Parti Apa Aku Dapat” (AAD) akan ditubuhkan, bertujuan untuk memperkaya orang Melayu yang belum mendapat habuan projek dan jawatan.

“Caranya adalah dengan melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.

“Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan untuk jadi ahli atau presiden, timbalan presiden, naib presiden dan lain-lain.

“Yuran, tidak perlu,” catat bekas pengerusi PPBM itu di Twitter.

Kelmarin Dr Mahathir dalam catatan blog mendakwa dua pertiga ahli parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Manakala yang lain dilantik sebagai pengerusi syarikat dan institusi, termasuk pemimpin yang masih ada kes mahkamah kerana pelbagai kesalahan jen4yah.

Kenyataan Dr Mahathir itu kemudian mendapat perhatian bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan membalas cadangan tersebut secara sindiran.

“Dengar kata sebuah parti politik baru yang dinamakan parti Anak-Anak Daddy bakal ditubuh?

“Sahih ke berita ini? Tanya je,” catat Najib di Facebook, merujuk kepada dakwaan Dr Mahathir memberi projek dan kepentingan kepada anak-anaknya.

Sumber : projekmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *