Semasa

Dua Kereta Berl4nggar Di Lorong Tol, Terbalik & Rosak Teruk.Ini Luahan Saksi Apa Berlaku

Dipercayai kerana berebut lorong, dua buah kereta rosak teruk akibat pelanggaran di Plaza Tol Setia Alam siang tadi.

Dalam kejadian terbabit, sebuah kereta dipercayai Honda HRV berwarna putih terbalik setelah berlanggar dengan Proton Persona dari arah yang sama.

Akibat rempuhan itu, wanita yang memandu HRV dilaporkan mengalami cedera ringan manakala pemandu Persona tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun dua pemandu ini terselamat walaupun kenderaan masing-masing rosak teruk dalam kemalangan di pondok Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, polis menerima laporan kemalangan di lokasi terbabit dari Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke Setia Alam membabitkan dua kenderaan.

“Siasatan mendapati Proton Persona dan Honda HRV hendak memasuki Plaza Tol Setia Alam.

“Dipercayai Honda HRV dari sebelah kanan mengubah haluan untuk masuk ke lorong smart tag sebelum dilanggar Proton Persona yang datang dari arah belakang yang bergerak terus ke lorong sama.

“Akibat pelanggaran itu, Honda HRV terbalik dan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azman berkata, pemandu Honda terbabit seorang wanita berumur 46 tahun beralamat di Puchong dipercayai patah bahu.

“Dia dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan masih dirawat di sana.

“Bagaimanapun pemandu Proton Persona iaitu seorang lelaki berumur 58 tahun beralamat di Meru tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sejak tengah hari tadi, video dan gambar kemalangan itu tersebar dan dikongsikan di media sosial.

Baru dua hari Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) berlangsung, sudah banyak kes kem4langan dilap0rkan.

Kemal4ngan di Smart Tag

Video mangsa kemal4ngan yang terbaring di tempat kej4dian juga tular di Twitter apabila netizen mend4kwa kejadi4n berlaku disebabkan perebvtan memas0ki lorong Smart Tag sehingga pelangg4ran berlaku.

Maklumat dari netizen

Menerus maklumat daripada netizen di Twitter miik pengguna akaun dikenali sebagai Saroooooohh, pemandu kereta bewarna putih didkwa kereta putih bergerak begitu laju.

Sehinggakan tidak dapat mengelak mel4nggar kereta proton yang ingin menukar lorong.

“Dulu masa dok aman perdana mmg selalu guna tol setia alam ni.mmg byk yg laju biarpun dah nk sampai tol.kejar apa ntah.kalau bawak slow bukan cenggitu impaknya…”

“Ini baru betul…yg ubah haluan secara mengejut cedera patah bahu dan yg berada di laluan yg betul tidak cedera..”

Bagi signal kalau nak tukar laluan
Menerusi gambar-gambar yang tular juga mendapati pemandu kereta tersebut mengalami keced3raan dan kedua-dua kenderaan juga remvk akib4t pelangg4ran tersebut.

Rata-rata warganet juga telah meninggalkan pelbagai komen di ruangan Twitter sumber dengan memperkatakan perihal kemal4ngan tersebut.
“saya syorkkn perempuan jadi kelindan je senang bawa kereta teragak2 bg signal, masuk simpang, lorong laju…

stress dh banyak kes.. lepas tu hon macam x bersalah.. maaf pon xde.. kes langgar pam minyak semua ada. hr2 kes menyondol”

“Ramai sja pemandu yg berebut nak cepat… Memecut laju, mcm lah tol tu hilang atau lenyap bila dia x pecut… Suka hati tukar laluan…

Kita syok2 memandu tiba meluru depan kita… Memang geram sngt dgn pemandu mcm tu…”

Laluan tu memang b4haya, semua laju2

“Mcm tu punya langgar nampak mcm Proton Pesona tu laju..yg H tu pulak suka2 hati ja ubah laluan kalau belakang bawak slow pun boleh terkejut..
dah lama sangat xdpt memandu masuk highway ke sampai mcm tu ghupa accidentnya..

berhati2 lah kepada yg lain & peringatan utk diri sendiri”

“Ni ka yg dkata kn cuai.. rs nya x kot… Kebanyakan nya masih ramai yg x pandai mmandu krt..

bila nk tukar arah tu tgk la cermin sisi @ side mirror pasti krt dr belakang xde baru tukar lorong..

bkn bg signal pastu terus tukar lorong.. aku yg dr belakang ni kelam kabut tekan brek.. itu kira nasib baik blh bhenti.. klu kena dgn lori dr blkg baru ada akal tgk brek bhenti ke x..

pesanan dr aku sape2 yg slalu buat perangai mcm ni byk2 kn la mngucap moga dpanjangkan umur dan dimurahkan rezeki k…”

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : siakap keli & budaksitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *