Semasa

Anwar Mintak Maaf, PH Terpaksa Tangguh Umum Bakal PM

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana gabungan parti pembangkang itu terpaksa menangguhkan pengumuman bakal pimpinan negara yang sepatutnya dilakukan semalam.

Bercakap dalam siaran langsung di laman Facebook, Anwar berkata, PH sebagai satu badan sebenarnya telah pun mempunyai keputusan berhubung perkara tersebut tetapi terpaksa merujuk kepada teman-teman lain termasuk Warisan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, langkah itu penting untuk memastikan keutamaan PH iaitu untuk memastikan agenda perubahan ekonomi rakyat, tata kelola serta tadbir urus yang bakal dilaksanakan kelak adalah lebih baik daripada apa yang pernah mereka lakukan semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Ramp4s pemerintahan Perikatan Nasional?

“Kita kena memastikan apa yang baik itu adalah lebih baik dari yang pernah kita lakukan kerana pengalaman kita telah menunjukkan bahawa untuk meraih dokongan rakyat itu kita hadapi juga sedikit masalah,” katanya.

Menurut ahli Parlimen Port Dickson yang juga ketua pembangkang itu, perkara tersebut adalah lebih utama kerana PH mahu membetulkan pelanggaran hukum dan kebobrokan yang didakwa berlaku dalam sistem sekarang terutama dalam perundangan dan kehaiman yang dilihat melepaskan golongan kaya dan mendera golongan kecil.

Sambl menyifatkan kepincangan itu berpunca daripada pemgambilalihan kerajaan oleh Perikatan Nasional, Anwar berkata, perubahan yang direncanakan bakal berlaku dalam masa terdekat ini adalah besar dan harus disegerakan.

Namun, katanya, dalam menyegerakan perubahan tersebut, PH mesti memastikan tidak berlaku pengorbanan prinsip di mana setiap keputusan mestilah berpaksikan kepada agenda membawa perubahan kepada negara dan memberi keyakinan kepada elabur seterusnya menjana ekonomi negara.

Semalam PH dijadual mengumumkan nama perdana menteri yang akan menerajui negara apabila gabungan parti itu mendakwa telah mendapat sokongan majoriti untuk ‘merampas’ pemerintahan negara daripada Perikatan Nasional.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan masih belum dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas keputusan dicapai.

“Perbincangan mengenainya masih lagi berjalan dalam kalangan parti pembangkang. Pihaknya menghormati pandangan dan komen pelbagai mengenai perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan di media sosial PH malam tadi.

Dah baca, komen yang baik baik dan SHARE!

Sumber : MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *