Semasa

“Saya Telah Buat Orang M4rah,Skg Ini..”Siti Kassim D4kwa Kenyataannya Diputar Belit

CYBERJAYA- Peguam kontroversi, Siti Kassim mendakwa kenyataannya berkenaan pusat tahfiz di Facebook telah diputarbelit oleh pelbagai pihak sehinggakan beliau dipanggil memberi keterangan di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini.

Bagaimanapun beliau memaklumkan proses mengambil keterangan hari ini berjalan dengan lancar kerana kerjasama penuh yang diberikannya kepada pihak berkuasa.

“Ia berjalan lancar saya memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Mereka (pihak berkuasa) telah selesai menyoal saya.

“Ia berkenaan kenyataan saya di Facebook  yang diputarbelit oleh pelbagai pihak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Siti Kassim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kassim tiba di Menara SKMM pada 10:08 pagi dan hadir bersama peguamnya.

Beliau kemudiannya selesai memberi keterangan selepas tiga jam.

Katanya lagi, pihak polis tidak mengambil mana-mana alat komunikasi miliknya semasa proses rakam percakapan hari ini.

“Tidak ada telefon diambil. Mereka sangat memudahkan sebab saya beri kerjasama saya tidak cuba menafikan apa-apa.

“Selagi beri kerjasama pihak berkuasa pun tidak berkeras,” katanya lagi.

Siti Kassim menambah beliau akan menunggu sama ada pendakwaan dilakukan terhadapnya dalam beberapa waktu terdekat ini.

“Saya telah buat orang marah, sekarang ini kita hanya boleh setuju dengan apa orang cakap,” selorohnya.

Beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang kepada sebuah organisasi  yang menyebarkan berita palsu bersabit kenyataannya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jen4yah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamad berkata, siasatan terhadap peguam itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) kerana mengeluarkan kenyataan yang sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Ia berkenaan kenyataan Siti Kassim pada 26 Mei lalu menerusi Facebook mengenai isu penjualan arak dengan memberitahu masalah sebenar pemandu m4buk dan menyebabkan kemalangan dan maut kepada mangsa lain, bukanlah alkohol sebaliknya peminum minuman keras itu.

Beliau berkata demikian susulan Pas mendesak penjualan ar4k dig4ntung sehingga ada langkah proaktif diambil bagi menghalang pemandu m4buk.

Siasatan berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Setakat ini dilaporkan sebanyak 113 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berkaitan hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Siti Kassim.

Sumber : MlaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *