Semasa

Syed Saddiq Kena Panggil ke Bukit Aman

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung wawancara Al J4zeera pada 6 Mac.

Syed Saddiq dimaklumkan sias4tan bawah Seksyen 4(1) Akta H4sutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Saya dipanggil Bukit Aman untuk memberi keterangan siasatan bagi temubual saya bersama Mehdi Hasan. Temubual ini untuk siaran Al J4zeera pada 6 Mac 2020, hampir 4 bulan lepas.

“Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis. Berani kerana benar,” katanya di Twitter hari ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi FMT mengesahkan Syed Saddiq dipanggil ke Bukit Aman.

Ada beberapa isu yang lepas pada bulan Mac Syed Saddiq ada membuat ulasan di siaran Al J4zeera tetapi di
sangkal oleh Annuar Musa,sumber Mykini

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa menafikan d4kwaan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengelirukan Yang di-Pertuan Agong berhubung bilangan anggota parlimen yang menyokongnya untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Anggota Parlimen Ketereh itu mengulas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat dakwaan tersebut terhadap Muhyiddin dalam satu temu bual dengan Al-J4zeera.

“Saya mendengar Al J4zeera wawancara Syed Saddiq. Beliau menuduh Muhyiddin mengelirukan Agong dengan mendakwa bahawa 36 anggota parlimen dari Bersatu adalah antara mereka yang menyokong beliau (Muhyiddin).

“Ini adalah pemb0hongan terang-terangan,” tegas Annuar.

Annuar menegaskan bahawa Muhyiddin tidak pernah memasukkan nama Syed Saddiq, Mukhriz Mahathir dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam senarai anggota parlimen Bersatu yang menyokongnya, yang kemudian dikemukakan untuk pertimbangan Agong. 

“Saya berada di sana apabila kami membuat senarai akhir!,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota parlimen PAS juga membidas Syed Saddiq berikutan dakwaan tersebut.

Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendakwa Syed Saddiq memandang rendah kebijaksanaan Agong dalam menentukan calon perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Sumber : FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *