Semasa

Budak Motor Beli Burger Kena Langgar Wanita M4buk.Penduduk Kampung M4rah Terus B4kar Kereta

TASEK GELUGOR, 19 Jun — Tindakan seorang pemandu wanita melanggar dua pemuda kerana berada di bawah pengaruh alk0hol membawa padah apabila kenderaannya dibakar penduduk.

Kejadian di Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor berlaku sekitar jam 9.30 malam, semalam.

Menerusi foto dimuat naik pemilik akaun Facebook bernama Hafiz Chip, kelihatan sepasukan anggota bomba sedang memadam api pada sebuah kenderaan.

“Orang kampung geram bakar terus kereta pemandu m4buk. Aku yang baru lalu dekat situ terpaksa telefon bomba sebab api sudah marak menjulang-julang,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang juga abang kepada kedua-dua mangsa memaklumkan insiden berlaku dengan sangat pantas.

Hanniff Roslan,29, berkata adiknya mengalami kecederaan patah kaki dan sedang menerima rawatan di Hospital Sebarang Jaya.

“Mereka (Muhammad Azri dan Muhammad Asri) menaiki motosikal seorang satu pergi beli burger. Mereka dah balik rumah hantar yang kat rumah lepas tu mereka pergi hantar pula burger yang dipesan orang dalam kampung.

“Lalu kot (ikut) depan Masjid Ara Kuda, tiba-tiba kereta mari masuk jalan mereka langgar terus,” katanya ketika dihubungi ProjekMM.

Terdahulu, Hanniff mengakui penduduk kampung begitu m4rah dengan sikap wanita itu yang memandu dalam keadaan mabuk.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak diapa-apakan penduduk walaupun telah bertindak membakar kenderaan dinaikinya bagi melepaskan kemarahan.

Polis mengesahkan menerima laporan tentang kejadian namun, enggan mengulas lanjut.

Sumber : projekmm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *