Semasa

‘Mereka duduk berlutut dan 50 m4yat dibuang ke laut’ Sanggup Berhimpit Dlm Bot sepanjang pelayaran

LANGKAWI, 29 Jun – Datang tanpa diundang dengan menaiki bot besar, ratusan pendatang tanpa izin menceroboh masuk perairan negara sambil merisikokan ny4wa mereka di tengah lautan yang gelap-gelita.

Keadaan mereka yang daif berhimpit di dalam bot, digunakan sebagai umpan meraih simpati pihak berkuasa, malahan 269 pendatang tanpa izin yang membolosi perairan negara pada awal Jun lepas, tegar sengaja membocorkan dan merosakkan enjin bot, untuk mengelak daripada diusir pihak berkuasa.

Keadaan bot amat busuk dan bau minyak diesel

Atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa menyelamatkan mereka dan membawa bot besar mereka ke jeti berhampiran, sambil diibantu nelayan tempatan untuk menunda bot berkenaan.

Pelayaran berbulan-bulan itu, menyaksikan wanita dan kanak-kanak diletakkan di bahagian atas bot manakala lelaki diletakkan di bahagian bawah tempat enjin bot.

Foto hiasan

Kali pertama menjejakkan kaki ke atas bot h4ram itu, yang diletakkan di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Bukit Malut, tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka duduk berlutut sepanjang pelayaran, bagi membolehkan lebih ramai penumpang dimuatkan di dalam bot.

Tinjauan Bernama pada keadaan bot itu, begitu busuk kerana keadaan bot yang kotor dicampur dengan bau minyak diesel, manakala di satu ruangan kecil dijadikan dapur, kelihatan nasi yang sudah berulat mungkin tidak sempat dijamah apabila mereka berjaya ditahan pihak berkuasa.

50 M4yat dibuang ke laut

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah Operasi APMM Kedah dan Perlis Kpt Zulinda Ramly berkata, penahanan 269 pendatang tanpa izin berkenaan ada diantara mereka hidup dan m4ti ketika dalam pelayaran, apabila pasukan APMM menemui sekujur tubuh tidak bernyawa di dalam bot itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati lebih 269 pendatang tanpa izin yang turut serta dalam pelayaran itu, tetapi jumlah selebihnya telah meningg4l dunia semasa dalam perjalanan dan dibuang ke laut.

“Lebih kurang 50 m4yat telah dibuang dipercayai ke perairan antarabangsa, kerana telah meninggal dunia  semasa dalam tempoh pelayaran, sebelum tiba di perairan Malaysia.

“Apabila mereka telah membuang m4yat, jumlah selebihnya iaitu 269 pendatang tanpa izin meneruskan perjalanan ke perairan negara, sebelum 50 orang daripada mereka, terjun ke laut apabila menyedari kehadiran bot pihak berkuasa yang mengesan mereka berhampiran Teluk Nibong,” katanya kepada Bernama dalam liputan media ekslusif National Task Force, (NTF) di sini.

Minta bantuan bot nelayan tempatan

Mengulas lanjut Zulinda berkata, pihaknya bersama Pasukan Polis Marin (PPM) menyelamatkan 50 pendatang tanpa izin itu dan membawa mereka ke bot asal untuk pengusiran ke perairan antarabangsa, namun usaha itu gagal apabila mereka sengaja membocorkan dan merosakkan enjin bot.

“Akibat tindakan mereka APMM memeriksa keadaan bot mereka  dan mendapati, separuh daripada generator pertama bot ditenggelami air lebih kurang paras dada.

“Oleh yang demikian, saya menghubungi Komander NTF untuk arahan lanjut menunda bot mereka untuk dibawa ke perairan cetek bagi kerja-kerja mengepam air keluar dari bot, namun tidak berjaya kerana air semakin banyak masuk,” katanya.

APMM kemudian meminta bantuan bot nelayan tempatan untuk menunda bot mereka ke perairan utara, iaitu berhampiran Pantai Pasir Tengkorak, di sini dan membawa bot mereka di jeti kilang simen dengan bantuan PPM.

Pada 8 Jun lepas, Bernama melaporkan seramai 269 warga Rohingya cuba menceroboh perairan Langkawi ditahan pihak berkuasa, yang turut menemukan mayat seorang wanita di atas bot yang dinaiki pendatang tanpa izin terbabit.

Zulinda berkata tahun ini sahaja, APMM telah menahan empat buat bot iaitu sebuah bot pada bulan Mac, dua bot pada April dan sebuah bot pada bulan Jun ini (terkini).

Semua foto sekadar hiasan

Sumber : siakapkeli

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *