Semasa

Adam Shahz Harap Tak Ada Perbandingan

Pelakon Adam Shahz berharap agar jalan cerita filem Town Mall tidak dibandingkan dengan novel.

Merupakan adaptasi karya hasil tulisan Hasrudi Jawawi, filem ini sudah mula ditayangkan di Astro First bermula 25 Jun lalu.

“Karya ini mempunyai peminat tersendiri memandangkan ia merupakan novel seram popular.

“Jadi, siapa yang dah membaca novel ini mesti sudah tahu jalan ceritanya.

“Tenaga produksi menghadapi cabaran untuk menvisualkan karya ini. Filem Town Mall mempunyai keunikan tersendiri, jadi saya harap agar peminat tidak membandingkan antara novel dan filem,” kata Adam.

Membawa watak Malik, Adam juga bercerita serba sedikit mengenai cabaran yang dihadapi olehnya.

“Cabaran yang dihadapi untuk saya hidupkan watak Malik dalam Town Mall ialah bagaimana mahu meyakinkan penonton sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *