Semasa

“2017 Tahun Kejatuhan Saya” – Saharul Ridzwan

Aktor Saharul Ridzwan, 31, mendedahkan dia pernah mengalami masalah kewangan pada tahun 2017.

Menurut Saharul, semua itu berpunca dari kesilapan dirinya yang tidak menyimpan sumber pendapatan yang diperolehi.

“Pada tahun 2017, selepas Deena melahirkan Ali saya ada masalah kewangan. Kalau korang ada terbaca artikel-artikel saya jual koleksi peribadi, saya bawa RM30 sehari, benda itu betul.

“Pada tahun itu, saya anggap itu tahun kejatuhan saya. Silap saya juga. Waktu banyak sumber pendapatan datang, kita tak beringat.

“Takda simpanan, tak tahu nak salurkan ke mana, kita habiskan kat benda-benda yang tak perlu.

“Jadi pada waktu itu saya banyak pinjam duit dengan kawan-kawan. Banyak..banyak juga,” katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *