Hiburan

“Lagu Ratu Rock Tanah Air Dipilih Kedutaan Amerika untuk…” Syabas Ella

Kami dan mereka merindui Ella ‘Ratu Rock’ Malaysia, nama yang memang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air di negara ini. Masih teringat lagu-lagunya yang pernah dinyanyikannya seperti Sembilu, Tenda Biru, Gemilang dan banyak lagi sehingga kini masih ada yang meniti di bibir peminatnya yang sungguh menggamit kenangan silam sehingga hari ini.

Sejak tahun 1985 hingga kini beliau dilihat aktif dan menempa nama sehinggakan lagunya, Standing In The Eyes Of The World telah dipilih untuk dinyanyikan semula sempana Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat. Syabas!!! buat Ella kerana berjaya dalam mencurahkan tenaga dan kerjasama kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam menjayakan program American Music Abroad.

 

Alunan seruling pembukaan lagu pada video terbabit dari Mohrar Mohram merupakan diplomasi kebudayaan yang istimewa. Video itu Kolaborasi mantap itu turut menampilkan pemuzik seperti Zee Avi dan alumni program American Music Abroad. “Enjoy this song and Happy Independence my fellow Americans”, Ucapan dari Ella.

Video nyanyian Ella semula, Standing In The Eyes tersebut telah berhasil meraih tontonan lebih 92 ribu di Youtube setakat hari ini. Menerusi perkongsian Ella di Instagramnya, dia turut menyelitkan hashtag (#peaceloverindu).

Ella juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada peminatnya diruangan komen apabila ramai yang memuji Ratu Rock Tanah air itu. Tahniah diucapkan kepada Ella.

Terima kasih, komen yang baik-baik semua.

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *