Uncategorized

“Sanggup Suruh Saya Tanggalkan…” -Farah Azleenda, Zulin

Turun berat badan sebanyak 20 kilogram, beliau Zulin hanya ambil masa selama tiga bulan sahaja, membuatkan nama artis serba boleh, Zulin Aziz menjadi perhatian ramai.

Dalam pada masa yang sama, ramai yang memuji Zulin dek kerana semangatnya yang alah bisa tegal biasa untuk menurunkan berat badan hingga berjaya mengeluarkan jenama produk perniagaan sendiri, DMagia Dietmeal. Syabas buat Zulin!!!

Namun begitu, ada juga pihak yang tak senang duduk sehingga sanggup melemparkan nista kepada Zulin.

Beliau dituduh, Farah Azleenda Abdul Aziz dilemparkan tuduhan yang tidak berasas apabila melakukan jalan pintas dengan sedut lemak dan menggunakan bahan terlarang untuk kurus.

“Saya dan orang sekeliling yang rapat yang tahu betapa diri ini bergelut untuk mencapai ke tahap sekarang. Orang mungkin nampak yang indah sahaja. Di sebaliknya, mereka tak tahu.” Rentetan perkongsian dari Zulin.

“Ada yang sanggup tuuduh cakap saya sedut lemak. Yang cakap saya ambil dadah pun ada. Ikutkan sejak (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan lagi, mereka boleh tengok video keadaan saya masih tembam lagi. Ia adalah proses.

“Awalnya, saya tak tunjuk gambar badan. Sampailah saya turun banyak kilogram, barulah saya berani nak tunjuk sisi penuh badan. Tak apalah, ada sahaja yang tak kena pada mata netizen,” kata Zulin.

Zulin berkata, dia sudah terbiasa dengan tohmahan dan penghinaan dari netizen.

“Saya sudah terbiasa, lantaklah apa orang nak cakap. Saya tak boleh puaskan hati semua orang. Cukup saya dan rakan sekeliling tahu apa sebenarnya yang saya lalui.”

“Orang mengata saya, bila lagi nak kurangkan lemak?,” katanya.

Katanya lagi, Zulin turut menerima kritikan apabila dilihat seksi dan mula mengenakan pakaian ketat sejak berbadan langsing. Imejnya dilihat tidak bersesuaian dengan dirinya yang bertudung.

“Dalam hal ini, Zulin akui ada kalanya dirinya terleka dan tak perasan. Ianya khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak marah, namun menghargai teguran yang membina.

“Soal pakaian serta imej bertudung ini, saya sendiri adakalanya tersasar. Tahulahkan perangai gila-gila ni saya macam mana pula,” katanya.

Zulin berkata, ada juga menyindirnya nak suruh tanggalkan tudung kerana sudah mula berpakaian ketat.

“Saya tak nafikan memang ada yang sarkastik dan seolah-olah meminta saya buka tudung.”

“Insya-Allah, saya minta dijauhi perkara itu,” katanya.

Semoga Zulin akan kekal tabah dan terus istiqamah dalam menjaga imej fizikal dan rohaninya. Diharapkan netizen juga mampu menjadi sihat dan mengambil semangat dari perkongsian daripada beliau. Komen yang baik-baik. Terima kasih.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *