Hiburan

“Babak Sentuhan Dikurangkan…” Siti Saleha & Shukri Yahaya

Kini tampak kembali dikaca telivisyen, pelakon jelita Siti Saleha membuat pendedahan bahawa dia dan pelakon Shukri Yahaya bersepakat untuk mengurangkan babak lakonan yang bersentuhan dalam siri drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Siri Kedua itu telah memaparkan kesinambungan kehidupan rumah tanggan Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya) dengan ditambah pula cahaya mata yang kedua. Disebalik kebahagian mereka, terselit dugaan yang bakal mereka tempoh sepanjang siaran itu berlangsung.

Saleha memberitahu bahawa, walaupun terdapat babak romantik namun mereka berjaya mengfokuskan kepada dialog. Saleha dan Shukri sudah lama bekerja bersama sejak awal tahun 2014 dan kami hanya memang berkawan. Sebenarnya, banyak cabaran ketika nak habiskan penggambaran drama ini terutamanya apabila babak-babak romantik yang banyak sangat hendak dilakonkan.

Katanya, “Jadi saya banyak berbincang dengan Shukri dan pengarah supaya mengurangkan babak bersentuhan kalau boleh.”

“Alhamdulillah, ia menjadi hanya dialog sahaja sudah memadai . Syukur kerana Ilahi sebab Shukri sangat memahami dan saling memberi kerjasama untuk menjayakan setiap babak,” katanya. Tambahan lagi, adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam Baharom ini dia menerima sahaja sekiranya terdapat penonton yang membandingkan dengan 7 Hari Mencintaiku yang pertama.

“Alhamdullillah sejak episod pertama dah trending. Saya harap pengikut drama suka dan terima dengan jalan cerita musim kedua. Musim kedua telah bermula pada 2 Julai 2020.

“Memang susah nak halang peminat dari membandingkan jalan cerita musim pertama kerana mereka akan nampak sedikit perubahan yang berlaku”. Saya hanya berharap mereka akan menyukai musim ini,” katanya lagi.

Namun penulis novel asal dan penerbit drama ini, Siti Rosmizah, menyatakan bahawa tarikh tayangan drama ini telah ditunda ke 2 Julai 2020 kerana sesi penggambaran drama terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara akibat pandemik COVID-19 di Malaysia. Siri kedua itu turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Jaja Illyes dan Liza Abdullah.

Terima Kasih, Komen Yang Indah-Indah Semua

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *