Hiburan

“Elfira Loy Panik Sebab Pedih…” Kata Bella Dally

Dah lama jadi akrab hingga Pelakon Bella Dally mengimbau kenangan waktu mula-mula mengenali dan berkawan dengan Elfira Loy dulu. Sekarang ini beliau telah menjadi kawan baik dengan Elfira.

Satu kenangan yang paling Bella tak akan lupa semasa berlakon bersama Elfira Loy adalah ketika kami bersama-sama berlakon dalam drama Qalesya 2 iaitu babak dia menyapu sos cili ke muka Elfira. Memang pecah perut bila teringat semula.

Balas Elfira di Instagramnya, “Happy Anniversary!!! Untuk beberapa tahun yang kita lalui , masing-masing sibuk dengan haluan masing-masing, kita semua buat hal sendiri dan ada masa Elfira sedih. Tapi tahun ni, syukur sangat sebab semua dah bersatu balik , semua faham antara satu sama lain dan susah senang semua kena bersama”

Masa tulah kami mula-mula rapat “Kami berpeluang bekerjasama kembali dalam Qalesya 2″.

“Elfira dan produser selalu sangat membantu saya untuk menjadi seorang yang jahat bagi menghayati dan menghidupkan watak Shakira supaya saya dapat bantu Elfira mendalami watak lakonan kami.

“Ada satu babak tu saya perlu membuli Qalesya (watak Elfira) di kantin. Dia tengah makan seorang diri kemudian saya, Shakira dengan geng kene pergi kepada dia dan tengking-tengking.” Bella Dally mengimbau semula kenangan tersebut.

“Saya sangat mendalami watak itu, saya ambil sos cili (saya ingat sos tomato) dan sapu ke seluruh mukanya.

Tambahan lagi, “Pengarah kata ‘cut’ je dan Elfira panik sebab pedih! OMG, saya rasa sangat teruk. Saya asyik cakap sorry. Saya tak akan lupakan babak itu.

“Nasib baik Elfira masih nak berkawan dengan saya lepas insiden itu,” ceritanya.

Bella telah berkongsi pengalaman tersebut di Instagramnya.

Posting tersebut dia turut bergambar bersama Elfira dan seorang lagi rakan baik mereka iaitu Anis yang juga anak kepada pelakon Datuk Rosyam Nor yang berada di antara Elfira Loy dan Bella Dally.

Posting tersebut mendapat perhatian pengikutnya dan mereka berasa lucu apabila teringat kisah lama terbabit.

Terima Kasih. Komen yang baik-baik semua.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *