Fashion

“Saya Dah Terkena…” Safiey Illias dah Serik

Terbaru, usahawan kosmetik popular, Safiey Ilias mengakui bakal menerima rawatan dari klinik estetik untuk mengecilkan pipinya.

 

Usahawan Glassskinz.co itu berasa mahu rawatan itu dilakukan selepas Safiey ditegur oleh netizen kerana bentuk mukanya yang berubah menjadi pelik hingga membuatkannya ingin mendapatkan rawatan bagi memperbaikinya semula.

Safiey berkata, “Alhamdulillah. Esok akan jumpa doktor untuk rawatan kecilkan pipi sebab ramai cakap pipi saya pelik. Terima kasih doktor,”

Safiey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram peribadi miliknya yang tertutup sendiri.

Safiey memberi hujah bahawa kali ini dia bakal membuat rawatan dengan doktor estetik yang berul-betul sah selepas serik terkena dengan doktor tidak bertauliah.

Dia menasihati, “Pastikan anda buat rawatan dengan doktor estetik yang sah dan ada LCP License (Letter of Credentialing dan Privileging).

“Saya dah terkene dengan doktor tak bertauliah! Serik. Nasib ada Dr Shah,” luahnya.

Bagaimana pun Safiey turut mendapat kecaman daripada netizen apabila ramai yang tidak bersetuju apabila dia mengubah bentuk asal ciptaan Tuhan.

Sebelum ini, Safiey pernah menggegarkan negara dengan kisah penghijrahan dirinya. Apa-apa pun, diharapkan semoga Safiey berlandaskan ke jalan yang benar.

Komen yang baik-baik semua.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *