Hiburan

“Saya Malas Nak Kecoh atau…” Noorkhiriah Ahmad Shapie

Pelakon Drama Nur & Nur 2, Noorkhiriah Ahmad Shapie mengakui dia memang bergiat aktif di media sosial atas dasar tuntutan kehidupan yang mencabar buat diri dan ahli keluarganya. Ibu yang dikuriniakan cahaya mata berusia 44 tahun ini, adalah penting untuknya sering berkomunikasi dengan pengikutnya di media sosial seperti Instagram kerana melakukan urusan perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan mereka.

“Menerusi Instagram, saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual pakaian Muslimah dan tudung. Termasuk, membuat ‘review’ produk pada harga berpatutan.” Kata Noorkhiriah.

Tambahan lagi, “Begitu juga, saya banyak berkongsi info berkaitan ilmu agama kepada pengikut untuk sama-sama dijadikan peringatan dalam usaha memperbaiki diri ke arah lebih baik,”

Menurut Noorkhiriah, setiap perkongsian ilmu dibuatnya di Instagram bukan untuk tunjuk baik, sebaliknya bagi mengingatkan diri sendiri dan pengikut. Katanya, lagi pun tidak salah berkongsi perkara baik.

Bagaimana pula dengan netizen, Noorkhiriah berkata biasalah ada yang boleh terima secara baik dan positif. Namun, tidak terkecuali juga pada yang memberi kritikan dan kecaman.

Sebaliknya, Nooorkhiriah lebih memilih untuk bersabar sahaja dan tidak mahu terlalu melayan komen yang negatif yang ditujukan buat dirinya.

Beliau berkata lagi “Dalam soal kritikan atau komen pedas yang ditulis netizen, saya sebenarnya tidak gemar melayan sangat. Saya juga malas nak kecoh atau bergaduh dengan netizen ini kerana kami bukan saling kenal pun.”

“Apatah lagi, saya dah tua. Malah, bukan cara saya nak bergaduh dengan orang lain. Cuma, kelakarlah juga apabila perkara remeh sanggup dibahaskan hingga menjadi isu panas,” katanya.

Ujar Noorkhiriah lagi, apa pun yang pasti dia selesa terus bersabar. Katanya sebagai individu yang aktif di media sosial, kita sangat dituntut untuk cekal, tabah dan tahan sabar.

“Alhamdulillah, saya sentiasa cuba bersabar. Bagi saya jika mahu terus aktif di media sosial, jangan mudah terasa hati. Ini kerana, ia akan membuatkan kita berasa sangat sedih, kecewa dan tertekan.

“Justeru, mana komen yang negatif saya abaikan sahaja atau buang. Untuk membalas komen ditulis kerana geram, saya selalunya akan berfikir dengan tenang sebelum bertindak,” katanya.

Pelakon watak Aishah berkata, dalam drama Nur dan Nur 2 ini, lumrah manusia yang tidak sempurna. Walau setenang mana pun berhadapan kecaman dan kritikan, ada kalanya perit terhambur juga apa yang tersirat di hati.

Disebabkan pandemik Covid-19, dia juga ada terlepas tawaran berlakon namun kekal positif dalam mencari sesuap nasi buat dirinya dan orang-orang yang dia sayangi. Rezeki Allah luas, kita hanya perlu usaha meskipun, satu atau beberapa pintu rezeki tertutup, sebenarnya masih banyak punca rezeki yang dibuka. Usaha tangga kejayaan.

Terima Kasih. Komen yang baik-baik semua.

Sumber: MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *