sedih

Bapa Kembali Menghadap Ilahi, Youtuber Silap Mata Mohon Doa Semua

Sebut sahaja Zach King, sudah pasti kebanyakan pengguna media sosial mengenali lelaki ini yang terkenal dengan video magik yang buat mata orang ramai tertipu.

Di Malaysia meskipun kita tidak dapat melihat dan mengenal dia dengan rapat, tetapi kita masih mempunyai seorang Youtuber terkenal tanah air yakni Sofyan Abdullah yang juga mengidolakan Zach sendiri.

Dalam video beliau di platform Instagram dan Youtube, dapat kita lihat bahawa video Sofyan ada persamaan yang terlalu hampir dengan Zach King iaitu silap mata yang sangat mengagumkan di mata kita.

Dengan video tersebut, sudah pasti ramai anak muda kini menjadikan video beliau sebagai inspirasi dalam seni grafik.

Takziah buat Sofyan

Namun, setiap di kalangan kita tentu mempunyai nasib dan musibah sendiri yang kebanyakan orang ramai tidak tahu, hanya kenalan rapat dan ahli keluarga sahaja yang mengetahui.

Sofyan memuat naik di laman Twitter miliknya dimana ayahnya Abdullah bin Mohamed baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada hari ini.

Dalam perkongsian duka oleh Sofyan atau nama sebenarnya Mohamad Sofian bin Abdullah itu, beliau meminta agar orang ramai sedekahkan Al Fatihah buat ayah dan keluarganya meskipun tidak dapat menolong mereka dari segi fizikal sekalipun.

Moga kuat menghadapi

Hal ini dimaklumkan menerusi muat naik dilaman sosial miliknya sebentar tadi. Menurut Sofyank, bapanya, Abdullah bin Mohamed baru sahaja meninggal dunia dan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu, Kelantan.

Selepas sahaja Sofyan berkongsi mengenai hal itu, maka ramailah warganet dan rakan rakan terdekat memberi kata kata semangat kepada beliau dan keluarga agar sentiasa kuat dan tabah mengahadapi ujian yang besar ini.

Ada juga beberapa pengikut beliau yang berdoa agar roh bapanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh roh orang beriman.

Meskipun kehilangan ini besar bagi Sofian, beliau tetap kuat dan sabar dan tetap akan meneruskan kerjaya dan kemahiran beliau dalam seni grafik ini.

Moga kuat dan tabah bro

Sebelum ini, kejayaan anak muda ini telah membuka mata ramai pihak. Mana taknya, selepas Sofyank memuat naik beberapa video di Instagram miliknya beliau telah menarik minat idolanya, Zach King untuk bertemu dengannya.

Alhamdulillah setelah beberapa bulan menunggu akhirnya mereka berdua bertemu, bersua muka dan telah menyebabkan ramai pihak memberi penghargaan kepada beliau kerana berjaya atas usaha kerasnya selama ini.

Tidak cukup dengan itu, Sofyank juga berpeluang bertemu pelakon filem Men In Black iaitu Will Smith pada tahun lalu atas pencapaiannya yang mengagumkan itu.

Apapun, marilah sama sama kita sedekahkan Al Fatihah buat ayahnya dan berdoa supaya rohnya bersama orang beriman dan keluarga sentiasa berada dalam berkat Ilahi dan selamat dari segala bencana amiinn.

Apa pendapat anda?

Ha dah baca, jangan lupa komen yang baik baik sahaja!

Sumber : Sofyank96

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *