Cukup Intim Seolah-olah..
Hiburan

“Cukup Intim Seolah-olah…” Nia Ramadhani

Wow memukau! Semakin lanjut usia dan ada anak, keserian semakin terserlah, Nia Ramadhani. Bila tengok susuk tubuh ibu muda ini mesti ramai yang tidak sangka Nia telah pun mempunyai tiga orang anak. Memang tiada tolak tandingnya, kecantikan Nia hari ini lebih menarik berbanding zaman dia masih bergelar anak dara.

Tanggal 1 April yang lalu Nia dan suaminya, Anindra Ardiansyah Bakrie menyambut Anniversary perkahwinan mereka yang kesepuluh. Selepas menempuh ranjau rumah tangga selama 10 tahun, pasangan romantis Indonesia ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Mikhayla Zalindra (8 tahun), Manaika Zannati (5 tahun) dan Magika Zalardi (3 tahun).

Biarpun anak-anak Nia masih kecil, tapi penampilan Nia selebriti Indonesia ini tetap menawan dan mencuri perhatian ramai. Termasuklah, kemesraan Nia bersama suaminya yang tercinta juga cukup intim seolah-olah seperti pasangan baru berkahwin walaupun usia semakin meningkat tetapi persis anak dara lagi.

Nia juga gemar bercuti ke luar negara dan selalu aktif muncul di kaca televisyen dan seorang yang aktif bersukan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan sukan ski. Antara pergunungan salji yang menjadi pilihan Nia untuk melakukan sukan berkenaan ialah Switzerland dan New Zealand.

Justeru itu, Nia sering tampil dengan gaya mewah, salah satu yang dapat dilihat ketika perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang.

Ardie Bakrie merupakan ahli lembaga pengarah bagi stesen television TV One dan dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie. Aburizal seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.

16 April lalu Nia telah meniti usia 30 tahun. Meskipun berkerjaya, suami penyayang dan anak-anak comel pastinya menyambut ulang tahun kelahiran Nia Ramadhani lebih bermakna pada tahun ini.

Suka untuk diimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono.

Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan darah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya. Nia turut berkongsi perkahwinan mereka di Instagramnya.

Pada awalnya, Nia memulakan karier seni di Indonesia sebagai penari cilik sebelum menlebarkan bakat dalam industri lakonan. Antara lakonan hebat Nia dan memberi kesan hebat kepada penonton di Malaysia adalah menerusi sinetron popular, Bawang Putih Bawang Merah yang turut dibintangi pelakon handalan, Revalina S Temat.

Terima Kasih. Komen yang baik-baik semua

Sumber: Nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *