pukul ibu
Semasa

“Derhaka Si Tahi Dadah” Tergamak Pukul Ibu Sendiri

Anak Derhaka, hidupmu pastinya bakal hancur jika terjerumus dalam kancah dadah. Bukan sahaja mampu merosakkan hidup seseorang insan, bahkan golongan ini mampu membahayakan nyawa orang sekeliling mereka tanpa disedari.

Satu senario ini terpaksa ditanggung oleh seorang ibu yang berusia 56 tahun apabila tergamak anaknya sendiri bertindak dengan menampar dan memukul dirinya gara-gara keinginan Si tahi dadah itu tak dituruti kira-kira jam 5 petang.

Anakk lelakinya yang juga merupakan seorang penagih dadah dikatakan telah mengamuk selepas hajatnya untuk memiliki sebuah motosikal baru tidak dipenuhi.

Anaknya yang berusia 28 tahun kemudiannya bertindak menampar ibunya yang bekerja sebagai pereka dalaman berkali-kali. Tergamak sungguh.

Susepek direman empat hari mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa

Lebih melampau, apabila ibunya juga turut diugut, dipukul dan diseret di lantai oleh anaknya sendiri.

Dia yang tidak bekerja sebelum ini pernah meminta ibunya sejumlah wang untuk membeli sebuah motosikal baru.

“Menampar muka dan memukulnya pada bahagian kepala, kaki dan tangan”

“Ibu kepada tahi dadah itu bagaimanapun memaklumkan tidak memiliki wang menyebabkan suspek naik angin lalu menuduh mangsa berbohong dan bertindak menampar muka dan memukulnya pada bahagian kepala, kaki dan tangan.” Jelas Ketua Polis Daerah Kangar.

Setelah bertindak memukul serta mengugut ibu sendiri, si anak turut mengeluar kata-kata berbaur kesat seperti ‘mampus hang’!

Si ibu kemudiaanya dibawa dan mendapatkan rawatan di hospital dan laporan perubatan mengesahkan wanita terbabit mengalami kecederaan akibat perbuatan anaknya.

Semoga zuriat keturunan kita dijauhi daripada Dadah, Komen yang baik-baik semua.

Sumber: BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *