Fashion

“Model Sindrom Down Pertama…” Bukan Halangan Bagi Ellie Goldstein

Baru-baru ini, Dunia dikejutkan dengan seorang remaja yang berumur 18 tahun, Ellie Goldstein, model dengan sindrom Down, telah menjadi salah satu wajah terbaru untuk mewakili Gucci Beauty. Beliau merupakan model “sindrom down” yang pertama dan di dalam sebuah posting Instagramnya, beliau “Berbangga dengan Dirinya” Kata Ellie.

Proud of being me #Gucci #Model #elliegoldstein

Bersama kerjasama “Photo Vogue Festival”, platfom yang dilancarkan di “VOGUE.IT” pada awal tahun ini, Gucci Beauty melancarkan siri “Unconventional Beauty” untuk menyokong bakat yang muncul dan mempromosikan tema kecantikan yang tidak konvensional dan tidak mumbuat stereotaip kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang fesyen.

Pada usia 18 tahun, Goldstein telah menjadi salah satu model pertama dengan sindrom Down yang ditampilkan dengan jenama kecantikan.

Dia memposting gambar di belakang tabir bersama dengan kapsyen yang bertuliskan, “Hari yang terbaik! Saya merasa sangat bertuah dan merasa terhormat kerana terpilih untuk kempen maskara ini.”

Projek yang dibintangi Goldstein dilancarkan di Instagram dengan tujuan memilih dua jurugambar untuk menembak editorial digital untuk Gucci Beauty dan Vogue Italia, yang memberi tumpuan khusus pada kecantikan yang tidak konvensional.

Salah satu potret pertama yang dilancarkan termasuk model dan peguam bela model berbadan besar “Plus Size Model”Enam Asiama yang memakai maskara Gucci Beauty’s L’Obscur.

Sekarang ini, Ellie Goldstein telah bersetuju untuk bersama-sama dalam menjayakan sebuah kontrak dengan “Zebedee Management”. Diharapkan agar Ellie dapat menjadi contoh supaya golongan yang memiliki kelainan upaya seperti Ellie akan turut berjaya pada masa hadapan dalam apa bidang sekalipun.

Sumber: Good Morning America(GMA)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *