luar negara

“Hagia Sophia Dipertahan Semula Menjadi…” Tayyip Erdorgan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan umat Islam akan bersolat Jumaat yang pertama, di Hagia Sophia selepas Mahkamah Tinggi membatalkan status muziumnya, pada 24 Julai ini selepas ianya dipertahan menjadi masjid semula.

“Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah. “Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.,” kata Erdogan.

Hagia Sophia sudah dibina 1,500 tahun lalu sebagai gereja Ortodoks ketika Konstantinopel menjadi tempat kelahiran Empayar Byzantine. Selepas penaklukan Empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin Sultan Mehmet pada 1453, ia telah ditukar menjadi masjid.

Namun pada 1934, pemerintah sekular menukarkannya kepada muzium dan dibuka kepada orang ramai. Umat ​​Islam di Turki telah lama menggesa agar bangunan yang merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco itu ditukarkan menjadi masjid tetapi anggota pembangkang sekular menentang langkah tersebut.

Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam.

Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau dikenali sebagai Constantinople.

Sumber: BH-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *