suami
Hiburan

“Sedap Mulut Cakap I Kaki Kikis…” Hajar Haniff

Usaha untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga, suami kepada setiap pasangan dianjurkan untuk memberi hadiah bermakna kepada teman hidup masing-masing. Mana taknya, pengorbanan seorang isteri memang terlalu besar lebih-lebih lagi mengandungkan anak selama 9 bulan serta keperitan semasa melahirkan anak.

Tidak salah jika suami itu berkemampuan, berilah mereka perhiasan seperti emas kerana nilainya takkan pernah susut malah semakin meningkat pada masa akan datang.

Kisah sepasang suami isteri ini jika sebelum ini tak mampu untuk membeli barang kemas langsung, Instafamous bernama Hajar Hanif ini meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila suaminya menyatakan hasrat untuk berikan emas berjumlah RM25 ribu kepadanya setiap bulan.

Ianya bagaikan mimpi jadi kenyataan, wanita berusia 24 tahun ini turut menyatakan ini semua adalah reward hasil kejayaan mereka dalam perniagaan kosmetik.

Namun begitu, ada pula cerita yang tak sedap ditadah telinga apabila dia dikritik sebagai ‘kaki kikis’ harta suaminya iaitu Mikhail Isaaq.

Tanpa berdiam diri, Hajar tampil menjawab yang dia pasti takkan berkahwin tanpa minta sebarang hantaran jika ada perangai sebegitu. Lebih-lebih lagui mulut orang lain yang tak pernah berhenti mengata juga takkan sesekali mempengaruhi kebahagaiaan rumah tangga yang dikecapi sekarang.

 

Berkat susah senang bersama suami harungi pelbagai ujian terdahulu, Hajar bersyukur rezeki lepas kahwin mereka selalu datang mencurah-curah.

Semoga kita juga sebagai netizen turut dilimpahi rezeki bersama pasangan masing-masing. Komen yang baik-baik semua.

Sumber: Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *