Semasa

“Penyampai Berita Berhijab, Berbahasa Mandarin Pertama…” RTM, Rasyidah Abu Johan

Bahasa Cina adalah salah satu bahasa yang paling sukar di dunia untuk dipelajari. Oleh itu, ia bagaikan kejutan kepada segelintir masyarakat Malaysia apabila seorang penyampai berita, terutama yang berlatarbelakangkan orang Melayu, menyampaikan berita dengan lancar dalam Bahasa Mandarin.

Rasyidah Abu Johan berusia 32 tahun itu telah menuntut di sekolah rendah Cina dan mengambil pelajaran Bahasa Mandarin sejak beliau berusia tujuh tahun lagi. Rasyidah telah mempelajari mandarin selama 12 tahun, dari Darjah satu hingga ke Tingkatan enam.

Semasa beliau berada di studio RTM, pegawai atasannya telah bertanya adakah Rasyidah ingin bergabung “semeja dengan Berbahasa Mandarin’. Rasyidah pun telah menerima tawaran itu kerana tak mahu sia-siakan peluang keemasan itu untuk bertutur dalam bahasa Mandarin sebagai pembaca berita jika beliau tidak merebut tempat sebagai wanita berhijab pembaca berita yang pertama dalam Bahasa Mandarin.

Beliau telah disiarkan di udara pada tanggal 26 Januari 2020 dan telah mengakui bahawa beliau pernah berasa gugup buat pertama kalinya. Namun semangat yang kian utuh, kini beliau mendapat perhatian ramai. Tahniah buat Rasyidah.

“Saya tidak mahu mengecewakan pihak atasan saya yang telah memberi saya peluang untuk membaca berita dalam bahasa Mandarin dan juga penonton RTM yang menonton saya,” katanya.

Namun, beliau sangat bersyukur kerana ramai juga masyarakat Cina telah menunjukkan sokongan mereka kepadanya.

Terbaharu, Rasyidah mendapat perhatian sekali lagi apabila pengguna Twitter, @fuzirbarry berkongsi klip laporannya dalam bahasa Mandarin di media sosial. Tweet memperoleh lebih daripada 5,000 retweet dan 6,300 suka(likes) pada masa “posting” tersebut.

Sukar buat Rasyidah pada awalnya ketika beliau mengatakan bahawa banyak memerlukan masa sehingga tiga bulan untuk memastikan dirinya benar-benar menyampaikan berita di kamera dengan sempurna. Tambahan pula, banyak latihan dan bantuan daripada rakan-rakannya turut menaikkan semangat bagi Rasyidah.

Kepada Rasyidah, tahniah kepada anda sebagai wanita berhijab pembaca berita berbahasa mandarin pertama , dan menjadi ikon anak bangsa di negara ini yang tampil berani untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Sumber: worldofbuzz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *