sedih

“Sahabat Dunia Akhirat, Mengalir Sebak Air Mata Bila…” Safwan, Hero Remaja

Memang susah sekali untuk kita lihat mana-mana lelaki menangis, kalau ada pun mesti sebab ada sesuatu yang betul-betul menyentuh perasaannya.

 

Sahabat yang rapat dan susah senang bersama tak dinafikan sangat sukar untuk dijumpai pada zaman sekarang. Sememangnya kalau ada, kita pasti akan berasa terharu dan tumpang gembira apabila individu yang dahulu sanggup susah senang bersama kini telah meraih kejayaan bermakna.

Bak kata pujangga, bagai isi dengan kuku, begitulah yang boleh digambarkan mengenai bekas finalis Hero Remaja edisi 2017 iaitu Safwan Nazri bersama rakan karibnya Arif Shamsul (Ayiep).

Mereka berdua pernah jadi buah mulut orang ramai atas sebab penghasilan video vines yang kelakar pada suatu ketika dahulu, selain turut bergraduasi dari universiti yang sama.

Semalam, Safwan memang dilihat gagal daripada menahan sebak apabila bertemu rakan baiknya itu yang baru saja selamat melangsungkan pernikahan.

Sambil memeluk antara satu sama lain, dia tersebut juga dilihat sempat memberikan kata semangat kepada rakan karibnya Ayiep. Dalam pada itu, pelakon drama ‘Dua Takdir Cinta’ ini turut berseloroh bangga selaku menjadi individu yang bertanggungjawab memperkenalkan pemuda itu dengan isterinya.

Klip dari Instagramnya video itu tampak telah menimbulkan rasa sebak dan membuatkan orang menangis tatkala menontonnya. Tahniah diucapkan buat Ayiep dan rata-rata netizen turut ‘mencemburui’ nilai persahabatan yang dimiliki mereka berdua.

Susah untuk kita memperoleh seorang kawan yang selalu menyokong kita dari mula hingga akhir, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Bila dah mendirikan rumah tangga, tanggungjawab itu dah tak sama. Masing-masing mesti fokus dan kadang-kadang terasa suasana tu lain sedikit.

Kawan biar seribu, musuh jangan dicari. Tahniah. Komen yang baik-baik semua.

Sumber: KisahDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *