Uncategorized

“Mana kau jumpa kembar 7 aku tu” Terjumpa Lelaki Mirip Datuk Ramli MS, Video Zizan Bikin Tawa Netizen

Pelakon dan pelawak Zizan Razak ada memuat naik satu video di entri Instagram miliknya mendapat gelak tawa warganet setelah menyedari sesuatu yang mengejutkan di situ.

Mirip Datuk Ramli laa

Sebenarnya, Zizan dan bebrapa rakannya singgah di sebuah kedai makan lalu bertemu dengan seseorang yang wajahnya mirip dengan salah seorang kenalan Zizan.

Di dalam video berdurasi 12 saat itu, seorang lelaki yang sedikit berumur itu mirip dengan pengarah muzik Datuk Ramli MS yang juga pernah menjadi juri Konsert Kilauan Emas.

 

View this post on Instagram

 

Sombong juga @tokram_ramlims ni ye. Main phone sampai x layan kita. Mari kita kecam beliau.

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Video tersebut mencetus gelak tawa netizen yang rata ratanya adalah pengikut Zizan di Instagram. Manakan tidak, jumpa dengan orang bergelar datuk di kedai makan, mesti teruja, lagi lagi yang sangat dikenali dengan karakternya yang sempoi dan relaks.

Mana ko jumpa kembar aku!

“Sombong juga @tokram_ramlims ni ye. Main phone sampai x layan kita. Mari kita kec4m beliau…”, selor0h Zizan di ruangan kapsyen posting tersebut.

Disebabkan Zizan ada menyebut nama Datuk Ramli di kapsyen, sudah pasti tuan empunya badan pun bagi komen, sempoi je, “Camjadahharam..????????…mana ko jumpe kembor 7 aku tu?”, jawab Datuk Ramli dengan soalan.

Tanpa menjawab soalan tersebut Zizan menyambung, “hahaha pecah tokkk…”. Mungkin kerana terlalu lucu, Zizan turut terhibur dengan reaksi Datuk Ramli itu.

Artis masuk komen

Menerusi posting pelakon Abang Long Fadil itu juga, beberapa artis turut memberikan komen kerana terhibur dengan video itu dan gelagat Datuk Ramli kerana terjumpa seseorang yang berwajah sepertinya.

Antara artis yang masuk komen adalah Achey Bochey, Zamarul Hisyam dan ramai lagi, semuanya terhibur dengan video itu.

Zizan ada berselor0h dalam video itu, “ha nak buat lagu la tu, lepas buat kat sana nak buat kat sini pulak..”, usik Zizan pada Datuk Ramli.

Video tersebut hampir mencecah 900 ribu tontonan hanya baru beberapa jam dimuat naik oleh Zizan di entri Instagramnya itu.

Ha dah baca, jangan lupa komen yang baik baik sahaja!

Sumber : Zizan Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *