Uncategorized

PM Umum Menteri, Timbalan Menteri Tidak Akan Ambil Gaji 3 Bulan Bermula Jun 2021

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu, barisan Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun.

Menurut beliau, gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan c0vid-19.

“Sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Keputusan untuk melaksanakan lockdown ini adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat. Sama ada lockdown yang dilaksanakan ini akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada saudara dan saudari serta ketentuan Ilahi”

“Kerajaan telah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan c0vid-19,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 malam ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *