Hiburan

[VIDEO] Melompat-lompat Janna Nick dapat hadiah Vespa daripada kekasih – “Awak perlu simpan duit untuk beli rumah kita”

SEMPENA ulang tahun kelahiran Janna Nick yang ke-26 pada 1 Jun, kekasih kepada aktres itu iaitu pelakon Dini Azan Schatzmann membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis skuter Vespa.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir, meluahkan persan terharu biarpun tidak mengharapkan sebarang hadiah pada tahun ini.

Menurut pengacara program Melodi ini, dia sudah berpesan kepada teman lelakinya agar menyimpan wang untuk membeli rumah untuk mereka berdua selepas berkahwin.

Janna kongsi video di Instagram miliknya.

“Saya sangat sukakannya. Tapi… saya dah beritahu awak jangan beli apa-apa hadiah tahun ini. Awak perlu simpan duit untuk beli rumah kita.

“Hadiah birthday paling mahal adalah awak, Dini Schatzmann. Terima kasih kerana selalu menjadikan saya yang paling gembira!

“Terima kasih kerana sentiasa menyayangi saya. Saya janji akan bawa awak pergi jalan-jalan selepas PKP okey. Jadi terus pakai topi keledar. Sayang awak” kata Janna.

Menerusi video berdurasi tiga minit 35 saat itu, pelakon telefilem Misteri Mona: Kuserumu Kembali ini melompat kegembiraan apabila melihat hadiah tersebut.

Dini menerusi Instagram miliknya turut berkongsi momen sepanjang persiapan yang terpaksa dilakukan awal sehari disebabkan pelaksanaan ‘total lockdown’.

Terima kasih kerana sentiasa menyayangi saya.

JANNA NICK

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita ini ketika dihubungi mStar pada Rabu mengakui gembira kerana hadiah itu lebih istimewa dan berguna berbanding beg tangan.

Memasuki usia baharu, Janna juga berharap lebih banyak pencapaian dalam karier dan sentiasa dikelilingi orang yang baik.

“Gembira juga sebab Dini beri hadiah yang functional… ada kegunaan la berbanding dengan beg tangan. Dah masuk 26 tahun ini harap ada lebih banyak pencapaian dalam karier seni.

Janna bercinta dengan Dini sejak 2019.

“Sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik, JN Studios akan lebih kukuh dan berjaya. Doa saya, semoga Covid-19 akan berakhir dalam tahun ini juga,” katanya kepada mStar.

Rata-rata peminat pasangan ini turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir kepada Janna serta mendoakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Malah, segelintir netizen di ruang perkongsian itu juga menganggap Janna dan Dini sebagai pasangan paling romantis pada tahun ini.

Untuk info, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.

TONTON VIDEO KEJUTAN BIRTHDAY JANNA NICK!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *