Hiburan

“Ti4da H4ti Per0t,” Anak Tvntut RM6,000 Selepas Ibu Meningg4l Dvnia

Disangka sedih apabila ibu meninggal dunia akibat wabak Covid-19, namun seorang anak ini tergamak menuntut wang sebanyak RM6,000 daripada akaun bank milik arwah ibunya.

Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna Twitter, @hypePeep yang mendakwa kejadian itu berlaku di dalam sebuah wad selepas wanita berusia 96 tahun itu menghembuskan nafas terakhir.

“Disebabkan umur yang sudah tua, kita atur je la anak dia yang positive Covid-19 jugak untuk tolong jaga dan berkhidmat kepada maknya di wad sehingga akhir hayat dia.

“Setelah dua hari si mak pakai bantuan oksigen paling tinggi, akhirnya pagi ni si mak dijemput Ilahi. Aku macam sedih nak beritahu kematian depan anak dia,” tulisnya.

Namun, tanggapan @hypePeep di luar jangkaan apabila si anak tidak menangis sebaliknya sibuk membuat beberapa panggilan bagi proses tuntutan wang tersebut.

“Wei, mak dah mati ni. Sebab aku yang jaga mak kat wad, duit mak RM6,000 kena transfer aku. Aku sempat ambil no pin mak,” cerita @hypePeep.

Posting berkenaan diulang kicau lebih 5,000 kali dan mendapat hampir 7,000 tanda suka selain terdapat persoalan warganet adakah kisah itu sekadar rekaan semata-mata kononnya oleh golongan anti-vaksin.

Tidak berdiam diri, @hypePeep menegaskan dia sudah mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19 selain mendakwa terdapat pelbagai lagi kerenah manusia di dalam wad yang tidak mahu didedahkan.

Ramai berharap agar cerita berkenaan tidak benar dengan menyifatkan si anak tidak berhati perut. Tapi kesahihannya hanya @hypePeep yang mengetahui. Moga dijauhkan daripada situasi seperti itu!

Sumber: Twitter @hypePeep

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *