Hiburan

Dapat Lilin Sebagai ‘Hadiah’, Yusuf Iskandar Dipuji ‘Matang’ & Pandai ‘Sor0k’ Kesed1han

Sudah menjadi lumrah kehidupan kita sejak kecil, sambutan hari jadi tidak akan lengkap tanpa ada pemberian hadiah lebih-lebih lagi daripada keluarga tersayang. Sebuah hadiah itu merupakan tanda penghargaan dan kasih sayang yang sangat bernilai dan boleh didatangi dalam pelbagai bentuk. Malah, kadang kala ada juga dalam kalangan kita yang mengharapkan hadiah yang ‘besar’ daripada insan tersayang sehingga tidak perasan bahawa pemberian hadiah yang kecil juga amat bermakna.

Menjelang hari istimewa anak-anak, sudah pasti mereka akan meminta hadiah daripada ibu bapa mereka terutamanya jika mereka berumur dalam lingungan 3 tahun ke atas. Ini kerana mereka telah mengenali dan memahami maksud sebuah hadiah di sambutan hari jadi. Baru-baru ini, putera Hairul Azreen dan Hanis Zalikha meraih perhatian orang ramai apabila lagaknya yang cuba untuk ‘menyimpan’ kesed1han yang terpalit di wajahnya di saat Hairul hanya memberikan hadiah sebuah lilin kepada anaknya, Yusuf Iskandar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)


Yusuf yang sedang leka bermain ketika itu kelihatan teruja apabila melihat bapanya, Hairul datang membawa kotak hadiah. Setelah membuka bungkusan kotak yang berisi lilin dan pemetik api, jelas terserlah di wajah Yusuf yang tampak sed1h sedikit namun masih kekal ceria dan tidak lekang senyuman di bibirnya. Bayangkan anak kecil yang baru mencecah usia 5 tahun itu bersikap sangat ‘matang’ dan seakan tidak mengharapkan sesuatu hadiah atau sambutan yang lebih besar daripada ibu bapanya.

Hairul yang pada awalnya hanya ingin bergurau dengan anaknya mengaku terharu dan tidak sampai hati untuk meneruskan ‘prank’ tersebut apabila melihat reaksi anaknya yang berada di luar jangkaannya. Yusuf seolah-seolah amat menghargai dan tidak mempersoalkan pemberian kecil bapanya itu. Hati ibu bapa mana yang tidak akan cair apabila karenah anak kecil yang yang masih ‘mentah’ itu tersenyum menerima hadiah yang diberi dengan sepenuh hati.

Menerjah di ruangan balas sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram Hairul, ramai dalam kalangan pengikut keluarga bahagia ini turut terharu melihat reaksi Yusuf yang bijak menyimpan rasa sed1h. Ada juga dalam kalangan mereka yang memuji pasangan ini kerana berjaya membentuk dan mendidik Yusof menjadi seorang anak yang berbudi bahasa. Aduhai, anak soleh sungguh Yusuf ini, sejuk perut Hanis mengandungkannya.

Namun, Hanis dan Hairul telahpun membuat perancangan awal untuk menyambut sambutan hari jadi anak lelakinya itu. Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Hanis di Instagram miliknya, tema Birthday Yusof pada tahun ini adalah berkonsepkan  nombor dan blocks yang amat diminati oleh Yusof. Sweetnya! Sebelum ini, sambutan hari jadi puterinya Alisa Aisyah turut disambut dengan meriah dengan bertemakan FunFair. Meskipun sambutan kecil ini di sambut dalam rumah sahaja, namun Hairul dan Hanis tetap berusaha dan bekerjasama untuk meraikan insan yang tiada gantinya dalam hidup mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)


Selamat hari lahir, si cilik pandai Yusuf Iskandar! Semoga menjadi seorang anak berjaya dunia akhirat dan berbakti kepada ibu bapa.

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Hairul Azreen , Instagram Hanis Zalikha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.malaysiarepoter.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *