Hiburan

Muhammad Aisy Al Jibreel Nama Anak Kelima Ayu Raudhah

Genap seminggu melahirkan cahaya mata kelimanya, pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha berkongsikan wajah dan nama anak lelaki mereka itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ayu meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki zuriat yang sihat dan sempurna yang diberi nama Muhammad Aisy Al Jibreel.

Dalam entri tersebut, Ayu turut berkongsikan berat badan anak kelima semasa dilahirkan hanya 1.94kg.

Perkongsian Ayu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Muhammad Aisy Al Jibreel yang disifatkan mirip seperti bapanya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *