Hiburan

Penduduk Cameron Highlands terk3jut jadi pelanggan tunggal pasar! Strawberi ‘gemvk’ tapi harga murah, sed1h ken4ng re4ksi remaja jual kambing per4p –

SURAM.

Begitulah keadaan pasar ikonik Kea Farm, Cameron Highlands yang turut menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19 dan arahan ‘lockdown’ yang dikeluarkan kerajaan.

“Masuk je kawasan Kea Farm hari tu peniaga semua menjerit-jerit panggil kita, mereka nampak terdesak sangat-sangat,” kata Nurul Asyikin Ramli, 29, yang singgah ke pasar berkenaan, Ahad lalu.

Dia yang sudah hampir empat tahun tinggal di Cameron Highlands berkata Kea Farm yang sentiasa terkenal dengan hiruk pikuk pelanggan termasuk pelancong dari luar kini lengang tanpa pengunjung.

“Kea Farm ni biasa kalau hari minggu atau cuti umum memang sesak sangat sebab memang tempat tumpuan orang beli sayur tapi sekarang rasa macam boleh tidur atas jalan.

“Masa saya pergi hari tu memang tak ada pelanggan lain pun, saya rasa saya seorang je,” katanya.

Menurut Asyikin, hanya beberapa buah kedai di pasar itu yang dibuka manakala selebihnya tidak beroperasi atau mungkin juga telah gulung tikar.

Asyikin bersama keluarganya sudah menetap di Cameron Highlands selama hampir empat tahun.

“Ada aunty ni saya biasa beli dengan dia, hari saya pergi tu meja dia dah kosong, stok-stok sayuran pun dah tak banyak.

“Yang tinggal pun dia bagi harga murah je. Dia kata perniagaan sekarang suram sangat sampaikan duit modal pun dah terguna,” katanya.

Tambahnya lagi, strawberi yang boleh jual pada harga RM50 sekilogram pada musim cuti umum, kini jatuh kepada RM10 sekilogram.

Masa saya pergi hari tu memang tak ada pelanggan lain pun, saya rasa saya seorang je.

NURUL ASYIKIN RAMLI

PENGUNJUNG

Malah katanya lagi, strawberi yang dijual kelihatan lebih besar saiznya kerana ketiadaan pelancong membolehkan buah dibiar masak lebih lama di pokok.

Dia yang juga seorang ahli perniagaan ternyata bersimpati dengan nasib sahabat yang lain.

“Ada satu malam saya pergi beli kambing perap dekat Brinchang, adik tu bersungguh-sungguh cakap terima kasih, ini sale kami hari ni, kawan-kawan semua dah tutup kedai balik kampung je,” katanya.

Harga strawberi di Cameron Highlands kini hanya RM10 sekilogram.

Asyikin yang mempunyai lima buah homestay di Cameron Highlands berkata ketiadaan pelancong turut menjejaskan perniagaannya.

“Dulu saya ada lima homestay tapi sekarang tinggal empat je dan saya pun terpaksa buat perniagaan secara dalam talian untuk cari modal bayar komitmen bulanan.

“Kawan-kawan lain ada yang sampai terpaksa lelong perabot dan tutup homestay sebab tak mampu lagi bayar sewa,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *