Hiburan

Suara Dikutvk Ke Laut, Suekhaizar Nak Jadi Macam Mira Filzah Pula

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi baru dikenali sebagai Suekhaizhar yang juga selebriti TikTok apabila lagu pertamanya berjudul Aku Budak Girl menjadi bualan ramai.

Lebih mengejutkan, lagu nyanyian gadis berusia 17 tahun yang mempunyai 1.3 juta pengikut di Tiktok itu meraih satu juta tontonan meskipun baru 4 hari dimuat naik di laman YouTube.

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang serta mengecam suara gadis itu yang agak ke laut. Malah, di ruangan komen di YouTube dipenuhi dengan komen negatif.

Meskipun dikecam teruk oleh netizen, namun Suekhaizar berkata ia tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba nasib dalam industri muzik.

“Saya rasa sedih dan down sikit tapi cuma fikir positif sahaja. Memang betul apa yang mereka cakap tu, saya kena perbaiki vokal.

“Walaupun ramai yang mengecam saya di TikTok, tetapi saya rasa kelakar sebab ada yang sampai buat remix dengan lagu tu,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Suekhaizar juga turut menyimpan hasrat untuk menceburi bidang lakonan kerana dia meminati Mira Filzah dan mahu menjadi seperti pelakon dan pengacara itu.

“Berlakon dengan modeling tu memang minat saya. Saya sebenarnya minat dengan Mira Filzah, so nak jadi macam dia la nanti,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *