Hiburan

Takut C0vid-19 Tidak Jatuh Syir1k Atau Jejas Akidah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membid4s sikap segelintir umat Islam yang mend4kwa kononnya sesiapa takvt w4bak c0vid-19 boleh membawa kepada jatvh hukum syirik.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menegaskan bahawa perkara tersebut langsung tidak menjejaskan akidah seseorang Muslim apatah lagi murtad.

“Perkara takut c0vid-19 tidak sama pengertian dari segi syarak daripada pemahaman lazim iaitu takvt Allah kerana wabak itu bersifat makhluk yang ditakuti dengan cara dijauhi,” katanya ketika menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk ‘Takut Allah atau Takut c0vid-19’ disiarkan TV1 semalam dan siaran ulangannya pada hari ini.

Ini merupakan penampilan kedua beliau dalam program diterbitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu selepas 25 Februari lalu dengan tajuk ‘Vaksin Cegah Sebelum Kalah.’

Forum bicarawara popular itu turut mencipta kelainan apabila dimulakan dengan sesi bacaan surah Yasin dipimpin Ahmad Tirmizi Ali dan disertai semua mufti setiap negeri secara maya.

Mengulas lanjut, Zulkifli menempelak pemahaman salah pihak tertentu termasuk agamawan yang masih mendakwa konon takut kepada c0vid-19 bersifat bidaah dan dianggap berd0sa.

“Ini tidak benar tetapi ketakutan kepada makhluk ciptaan Allah sepatutnya dijauhi seperti kita takut harimau gnas atau bencana alam dengan ikhtiar untuk elak diri jadi mngsa,” tegasnya.

Beliau turut merujuk kisah masyhur Khalifah Ar-Rasyidin kedua, Umar Al-Khattab yang tidak memasuki wilayah Syam apabila tahu ada wbak dengan menyifatkan ia takdir perlu dijauhi.

Malahan, beliau turut mendapatkan pandangan ulama muktabar terkenal dari seluruh dunia termasuk Majlis Fiqh Antarabangsa dan Syeikh Al-Azhar yang sependapat mengenai isu itu.

Ia termasuk pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid atau surau yang saf dijarakkan ada nas dalil Rasulullah SAW sendiri termasuk larangan jika ada penykit berbahay4.

“Saya sendiri tanya ramai sahabat di negara-negara Arab dan mereka kata bukan pelik solat ada jarak waima di Mekah, Madinah, Mesir serta Indonesia pun buat yang sama,” katanya.

Justeru, Zulkifli menyangkal tohmahan jahat pihak tertentu yang mendakwa kononnya beliau mengarahkan fatwa mengenai ibadah solat berjemaah dengan jarak atas kepentingan sendiri.

Padahal ujarnya, keputusan berhubung isu itu diputuskan oleh semua mufti dalam muzakarah fatwa peringkat kebangsaan sebelum diperkenankan Majlis Raja-Raja untuk pewartaan rasmi.

Pandangan itu katanya turut disepakati majoriti ulama di luar negara atas dasar maslahah am atau kepentingan umum demi menjaga nyawa berdasarkan kepada prinsip maqasid syariah.

Bahkan jelasnya, hkum tersebut boleh disesuaikan dengan keadaan semasa dan setempat asalkan masih lagi dapat melakukan ibadah dan ini juga meliputi isu pelan imunisasi c0vid-19.

“Ramai ulama termasuk Imam Masjidil Haram dan Raja Arab Saudi pun divaksin, justeru saya berharap agamawan setempat jadi contoh ikutan buat penduduk dalam isu sebegini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://nhonline.co/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *