Hiburan

“Tapi Kenapa Aku?” – Alamak…Achey Terkejut Wajah Disamakan Dengan Marsha!

Pelawak Achey Bocey berkongsi sesuatu yang melucukan apabila menerima kiriman mesej (DM) daripada seorang individu yang menyamakan wajah pelakon Marsha Milan Londoh dengannya.

Individu tersebut menghantar foto Marsha dalam babak drama bersiri popular, Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN).Foto Marsha yang memegang watak sebagai Huda dalam drama berkenaan diambil ketika pergerakan wajahnya yang agak melucukan.

“Ada orang DM aku, tapi kenapa aku?” tulis Achey di Instagram.Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Achey berasa terhibur dan turut mengusiknya mengatakan wajah mereka berdua ada persamaan.

RASN dibintangi oleh Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha dan ramai lagi.RASN yang kini sedang disambung lapan episod ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).


RASN juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://gempak.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *