Hiburan

“Terima, Sempurnakan Smpai H4bis” Jais Lib4tkan Lebih Banyak Tan4h Perkub0ran, Tmbah Petugas El4k Kej4dian ‘T0lak’ Jen4zah Pes4kit C0vid-19 Berulang

ISU kelewatan urusan pengebumian jenayah pesakit Covid-19 di Lembah Klang dijangka dapat diatasi dengan melibatkan lebih banyak tanah perkuburan dan serta menambah lebih ramai petugas bagi menguruskan jenazah wabak itu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata arahan telah dikeluarkan ke atas tanah-tanah perkuburan tertentu untuk menerima jenazah pesakit Covid-19.

“Kita telah mengarahkan semua pihak yang bertanggungjawab ke atas tanah-tanah perkuburan yang berhampiran dengan hospital-hospital tertentu untuk terima jenazah pesakit Covid-19 ini dan mereka kena sempurnakan sampai habis, maksudnya kita tak nak hanya gali sahaja lepas tu biarkan kubur tu tak ada orang nak kambus,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai kesukaran pihak pengurusan jenazah apabila urusan pengebumian hanya dibenarkan pada waktu pejabat, Shahzihan berkata penglibatan lebih banyak tanah perkuburan ini dijangka membantu mengurangkan beban di sesebuah lokasi pengebumian.

“Bila mana tempat untuk tanam ini diperluaskan ia akan mengurangkan beban (pada satu-satu tanah perkuburan) seterusnya membolehkan urusan pengebumian dilakukan pada waktu siang.

“Sebab urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 perlu dihadiri pegawai kesihatan jadi kita tidak mahu orang kata kita sengaja melambatkan urusan sehingga malam dan kita juga ingin menjaga pegawai kesihatan, barisan hadapan ini supaya tidak tertekan, jadi caranya kita perluaskan (penglibatan tanah perkuburan lain),” katanya.

mStar baru-baru ini melaporkan isu kelewatan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Lembah Klang yang berlaku disebabkan penetapan kuota harian bagi urusan pengebumian di tanah perkuburan serta tindakan mengutamakan jenazah kariah.

Mohd Shahzihan berkata arahan telah dikeluarkan ke atas tanah-tanah perkuburan tertentu untuk menerima jenazah pesakit Covid-19. – Sumber Sinar Harian

Situasi ini menimbulkan kebimbangan terutama sekali berikutan peningkatan kes kematian harian akibat Covid-19 yang setakat ini sudahpun melebihi angka 3,000.

Ini mengakibatkan beberapa hospital antaranya Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur terpaksa menempah kontena bagi menempatkan jenazah pesakit Covid-19 sementara menunggu urusan pengembumian.

Bercakap kepada mStar, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) Muhammad Rafieudin Zainal Rasid mendakwa sesetengah tanah perkuburan menghadkan hanya 10 jenazah untuk dikebumikan setiap hari dan hanya tiga daripadanya melibatkan kes Covid-19.

Ditanya mengenai perkara ini Shahzihan percaya arahan baharu yang dikeluarkan berupaya menyelesaikan isu yang timbul.

Kita telah mengarahkan semua pihak yang bertanggungjawab ke atas tanah-tanah perkuburan yang berhampiran dengan hospital-hospital tertentu untuk terima jenazah pesakit Covid-19 ini dan mereka kena sempurnakan sampai habis, maksudnya kita tak nak hanya gali sahaja lepas tu biarkan kubur tu tak ada orang nak kambus.

Datuk Mohd Shahzihan Ahmad

Pengarah Jais

Rafieudin turut mendakwa bahawa pihak pengurusan juga terpaksa akur dengan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh lockdown yang hanya membenarkan urusan pengebumian dilakukan sehingga pukul 5 petang.

Sementara itu Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk menambahbaik pengurusan jenazah di Wilayah Persekutuan dari masa ke semasa.

“Tiga Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) di bawah seliaan Jawi menjadi lokasi pengebumian jenazah yang dikaitkan dengan Covid-19 semenjak lebih setahun yang lalu iaitu TPIRS KL-Karak 2, TPIRS Bukit Kiara 1 dan TPIRS Kampung Melayu Kepong.

“Jenazah dikebumikan di sini tanpa tertakluk kepada lokaliti,” tegasnya.

Menurut Ajib penambahan petugas juga akan dilakukan mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Sehingga kini, Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah Covid-19 Jakim dan Jawi telah menguruskan 435 jenazah berkaitan Covid-19 bagi melunaskan tanggungjawab fardu kifayah ke atas umat Islam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber : mStar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *