Hiburan

‘Pergi’ selepas 10 hari bert4rung law4n Cov1d-19, suami sempat bertahajud walau mengg1gil – “Banyak mesej saya terima cerita kebaikan arw4h”

“SETIAP yang berny4wa pasti akan merasa kem4tian. Al-Fatihah buat suamiku, Reza Adnin Roslan,” demikian kapsyen yang ditulis seorang wanita pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Dengan lagu ‘Kemarin’ dendangan kumpulan Seventeen sebagai latar belakang, ternyata video berdurasi 1.04 minit itu bisa mengund4ng seb4k sesiapa sahaja yang menontonnya.

Menurut Intan Zainab Ismail Ikram, suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu selepas 10 hari bert4rung ny4wa mel4wan Cov1d-19.

Sudah lebih seminggu sejak pemergian suaminya, namun detik-detik terakhir bersama arw4h tetap segar di ingatan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tujuh tahun ini.

Menurut Intan, segala-galanya bermula pada 18 Mei lalu apabila suaminya diserang dem4m.

Lambaian ketika di pusat kuarantin yang menjadi lambaian terakhir buat keluarga Intan.

“Selepas makan panadol, dia masih tak kebah. Pagi esoknya selepas Subuh, suami mengadu badannya lenguh-lenguh, sakit perut… saya buat bubur sebab dia tak selera makan. Selepas tu makan ub4t lagi.

“Tapi dem4mnya tak juga kebah, malah suhu badan makin tinggi. Kami terus buat appointment untuk lakukan ujian calitan (swab)… dem4m sekarang bukan boleh buat main.

“Ini bukan kali pertama suami buat swab, rasanya dah kali keenam atau ketujuh sebab tuntutan kerjanya sebagai staf Petronas memerlukan dia buat swab setiap kali turun ‘site’. Kebanyakan masa suami kerja dari rumah.

Allahy4rham Reza merupakan seorang bapa yan penyayang terhadap anak tunggalnya.

“Dipendekkan cerita, sehari kemudian doktor telefon dan beritahu ujian swab kali ini ‘sangkut’. Suami sangat positif, dia ‘chill’ saja terima berita tu,” ceritanya yang menetap di Kerteh, Terengganu.

Menurut Intan Zainab, pada 21 Mei, suaminya dimasukkan ke pusat kuarantin manakala dia dan anak tunggalnya pula melakukan ujian calitan kerana merupakan kontak rapat.

“Kami sempat bertemu seketika di pusat kuarantin tersebut sebelum ‘berpisah’ sementara. Anak meraung-raung sebab berpisah dengan baba dia. Sebelum pulang, kami saling melambai-lambai… siapa sangka, itulah lambaian terakhir arw4h,” cerita wanita ini.

Tiga hari ditempatkan di pusat kuarantin, suami Intan Zainab terpaksa dipindahkan ke sebuah H0spital Hulu Terengganu kerana keadaannya semakin membvruk.

“Pada Isnin, 24 Mei, keputusan ujian saya keluar dan saya turut disahkan pos1tif Cov1d-19 sementara anak kami negatif.

Kenangan ketika ke tanah suci pada 2019.

“Tapi tak ada rezeki nak jumpa suami di pusat kuarantin sebab hari itu dia dah dipindahkan ke h0spital dan saya hanya dimasukkan ke pusat kuarantin pada Selasa keesokannya. Anak terpaksa saya bawa sekali memandangkan ada kekangan tertentu, lagi pula suami pesan biarlah anak ada depan mata.

“Hari-hari kami berhubung. Kerap saya call dia tapi sekejap-sekejap setiap kali, sebab dia batvk tervk. Takvt dia penat kalau banyak bercakap,” ceritanya.

Sehinggalah pada malam Khamis, Intan Zainab berkata suaminya mengadu sukar untuk bernafas ketika mereka saling berhubung.

“Lebih kurang pukul 12 tengah malam, suami hantar mesej di WhatsApp memberitahu dia bergantung kepada tabung oksigen untuk bernafas. Tapi saya dah terlelap dan hanya baca mesej waktu Subuh, pagi Jumaat.

Doktor juga tunjukkan video wajah arwah… masa tu anak dah meraung panggil baba dia. Doktor pun ikut menangis sekali.

INTAN ZAINAB ISMAIL IKRAM

ISTERI

“Saya terus balas kembali mesejnya tapi hairan, tiada jawapan. Mungkin naluri isteri, saya rasa tak sedap hati. Lebih berdebar-debar bila teringat sekarang masih bulan Syawal. Saya fobia kerana dua adik beradik dan bapa men1nggal ketika bulan Syawal juga sebelum ni.

“Saya tak henti-henti berzikir dan berdoa janganlah berlaku apa-apa sebab saya tak bersedia kehilangan lagi,” ujarnya yang menjalankan bisnes dalam talian.

Cerita wanita ini, debaran yang dialaminya terjawab selepas menerima panggilan daripada pihak H0spital Hulu Terengganu yang memaklumkan suaminya terpaksa ‘ditidurkan’ dan sedang dipindahkan ke H0spital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu.

Panggilan kedua yang diterima pada pukul 4 petang daripada pihak hospital hari yang sama akhirnya membawa perkabaran duka buat Intan Zainab.

Allahy4rham Reza men1nggal dunia selepas 10 hari dir4wat kerana j4ngkitan Cov1d-19.

“Doktor dengan berat hati memaklumkan suami saya tidak dapat diselamatkan. Menurut doktor, suami dah men1nggal dunia ketika dalam perjalanan namun mereka tetap berusaha juga… tapi gagal.

“Doktor juga tunjukkan video wajah arw4h… masa tu anak dah meraung panggil baba dia. Doktor pun ikut menangis sekali. Saya hampir pitam dan mengg1gil-g1gil. Saya gagahkan solat Asar… itulah solat paling panjang sebab saya sangat lemah,” cerita wanita ini dengan tabah.

Tiga hari selepas pem3rgian suaminya, Intan Zainab akhirnya selesai menjalani tempoh kuarantin dan terus menziarahi pusara arw4h sebaik sahaja dibenarkan pulang.

“Alhamdulillah semua urusannya dipermudahkan kerana ramai yang hulurkan bantuan. Rezeki arw4h. Selepas pem3rgiannya, banyak sangat mesej yang saya terima cerita kebaikan arw4h termasuk rakan satu w4d.

“Mereka cerita arwah tak lekang dengan zikir, surah Al-Mulk malah sempat tahajud walaupun mengg1gil-g1gil pada malam sebelum men1nggal dunia.

“Sepanjang 12 tahun hidup dengannya, arw4h tak pernah lalai tanggungjawab kepada ibu bapanya dan adik-adik. Duit gaji setiap bulan akan dihulur pada ibu bapa dulu. Dia pernah jual motor Ducati kesayangan semata-mata nak hantar mereka pergi haji.

Intan dan anak tunggalnya hanya dapat menziarah pusara Allahy4rham Reza selepas tamat tempoh menjalani kuarantin.

“Dengan kawan-kawan juga langsung tak berkira dan memang sangat disenangi,” katanya lagi.

Tambah Intan Zainab, meskipun berat menerima hakikat kehilangan teman hidup, namun dia reda dan bersyukur kerana menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat.

“Arw4h tiada sejarah peny4kit malah dia seorang yang fit sebab suka bersukan khususnya berbasikal. Kami sangat patuhi SOP namun tiada upaya kita halang takdir yang dah tertulis. Cov1d-19 hanya asbabnya.

“Anaklah penguat semangat saya. Saya koyak juga pada hari-hari pertama namun pujukan serta kata-kata anak buat saya tenang selain sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *