Hiburan

[VIDEO] Macam Mana Google Boleh Faham? Hebat Betul!

Jika anda tidak tahu lirik atau lagu yang diinginkan, pasti anda akan cari di Google, bukan? Begitulah dilakukan seorang kanak-kanak perempuan ini yang meminta bantuan dari Google untuk mencari lagu Let It Go dari filem animasi terkenal Frozen. Comel betul telatah adik ni..

Kelakar adik ni

 

 

Di TikTok, seorang ayah yang dikenali sebagai Adli Razak berkongsi video telatah anak perempuannya yang mencuit hati ramai penonton. Video tersebut mendapat 1.6 juta tontonan dan 168 ribu tanda Like di platform tersebut.

Kelihatan kanak-kanak tersebut memegang sebuah telefon pintar dan bercakap dengan Google bertanyakan lagu yang diingininya. Kemudian, dia menyanyikan melodi tersebut yang mana rata-rata netizen pun tidak tahu lagu apa yang dinyanyikan kanak-kanak itu. Akhirnya, Google dapat mengesan melodi kanak-kanak itu dan berjaya mendapatkan lagu Let It Go yang dimahukan adik itu. Comel betul adik ni!

Bahasa planet ke ni?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur apabila menyaksikan telatah comel kanak-kanak itu. Malah, masing-masing juga tidak faham bahasa dan nyanyian dari adik tadi. Macam mana pula Google boleh faham? Sungguh lucu!

Sumber: Adli Razak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *