Hiburan

Baru Seminggu Kahwin, Ifan Seventeen Dah MengeIuh-“Dia Men4ngis Minta Dipvjuk”

Biarpun baru seminggu bernikah dengan wanita pillihan hatinya dikenali Citra Monica, vokalis kumpulan Seventeen, Ifan sudah ‘mengeluh’.

Bagaimanapun keluhan Ifan itu bukanlah sesuatu yang tidak baik, sebaliknya kerana dia dipaksa makan oleh isterinya itu.

Ifan berkata, Citra akan buat-buat merajuk sampai menangis jika dia menolak hidangan makanan yang sudah disediakan.

“Kenapa isteri suka paksa suaminya makan. Tahulah hobinya memasak, tapi setiap juadah disuruh makan.

“Kalau tak makan nanti dia tiada ‘mood’, seolah-olah jadi isteri yang teraniaya. Kemudian menangis dan minta dipujuk,” tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riefian Fajarsyah (@ifanseventeen)


Menurut Ifan, demi menjaga hati isteri kesayangannya itu dia mungkin akan naik berat badan selepas ini termasuk, berperut buncit.

“Kalau tidak dikawal, si suami akan naik berat badan dan buncit, malah dimarahi supaya diet.

“Wahai isteri memahamilah jeritan hati kami,” tulisnya yang sekadar bergurau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riefian Fajarsyah (@ifanseventeen)


Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah bernikah dengan Citra Monica yang juga model terkenal pada 29 Mei lalu.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Ifan dan kedua bagi Citra Monica

Terdahulu, pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami di Tanjung Lesung, Banten, Indonesia. Pada kejadian sama, tiga anggota kumpulan Seventeen turut disahkan meninggal dunia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *