Sejak semalam, kec0h di laman Twitter mengenai keadaan terkini hutan di sekitar Tasik Chini di Pahang. Masakan tidak, kawasan yang diriz4bkan sebagai kawasan biosfera UNESCO itu kelihatan botak dek aktiviti pembalakan.
Menerusi rajutan ciapan di Twitter, Amerul yang popular menerusi filem Polis Evo itu dalam nada sark4stik meluahkan perasaan sedih terhadap apa yang berlaku.
Tak syok lah tengok ada kawasan yang tak terang habis macam ni.. boleh tak kasi terang sejauh lens kamera memandang..
Ye ini keadaan tasik chini sekarang.. tak apa lah kita ni tak layak nak menegur.. nak tegur baik2 beradab pun tak guna jugak..
Harap jakim keluar hadis je lah. pic.twitter.com/WgXjZaSFaP
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) June 8, 2021
“Tak syok lah tengok ada kawasan yang tak terang habis macam ni… boleh tak kasi terang sejauh lens kamera memandang. Ya, ini keadaan Tasik Chini sekarang. tak apalah kita ni tak layak nak menegur. nak tegur baik-baik beradab pun tak guna juga. Harap JAKIN keluar hadis jelah.
“Terima kasih buat semua yang diamanahkan untuk menjaga negara ini. Tak mahu bersuara dan menegah pemimpin kalian tak mengapa. Ambillah gaji kalian tiap-tiap bulan tu dan bagilah makan elok-elok kepada ank-ank. Semoga anak cucu kalian baik-baik sahaja makan dari hasil gaji kalian,” tulisnya.
Dalam pada itu, Amerul turut berpesan supaya tidak berhenti berdoa agar mereka yang sedang memerintah itu diberikan kesedaran.
“Jangan pernah berhenti mendoakan agar peribadi-peribadi yang sedang memegang tampuk kuasa pemerintahan ini agar diberi kesedaraan kepada hal yang baik-baik. Dan iringilah doa itu buat diri kita sekali kerana kita juga manusia,” tutupnya.
Selain Amerul, pelakon dan penyanyi Maya Karin juga risau dengan keadaan Tasik Chini.
Tapak perlombongan baru itu terletak hanya kira-kira 3km dari Tasik Chini. Ia merupakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia dan menjadi kawasan tapak rizab biosfera Unesco yang bergelut dengan pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan. https://t.co/madfU5jIwG
— Maya Karin (@maya_karin) June 8, 2021
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: Oijom