Hiburan

Netizen Pertik4i SOP 50 Selebriti Di ATNM, Syed Saddiq Tanya Kenapa Parlimen Tak Buka ?

Program hiburan nyanyian terbaru, All Together Now Malaysia baru sahaja bersiaran pada hari Ahad yang lalu. Namun program yang disiarkan di saluran Astro Ria itu telah menjadi bualan netizen bukan sahaja tentang para peserta serta jurinya, namun SOP di kalangan 50 orang juri turut dipertik4i.

Rata-rata netizen mempersoalkan tentang SOP para selebriti yang menjadi juri kerana mereka dilihat tidak memakai pelitup muka mahupun ‘face shield’.

Malah ada netizen yang membandingkan kapasiti individu yang dibenarkan berada di masjid dengan 50 orang juri di rancangan All Together Now Malaysia.

Perkara ini turut mendapat perhatian YB Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar yang turut mempersoalkan kenapa parlimen masih belum dibenarkan untuk buka sedang program hiburan sebegini boleh berlangsung.

Program All Together Now Malaysia ini telah dirakam pada 3 Mac – 11 April 2021 dimana ketika itu Malaysia sedang menjalani PKPP.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *