Hiburan

Fatima ‘terpesona’ lihat Fazura, video comel buat peminat cair- “Mini Fattah”

Tentu sahaja selepas menimang cahaya mata, rutin seorang wanita akan berubah dimana rata-rata yang bergelar ibu sentiasa berada disamping anaknya. Begitu jugalah yang berlaku terhadap pelakon popular, Nur Fazura.

Selepas Fazura dan suaminya, Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada November 2017, pasangan bagai pinang dibelah dua ini semakin bahagia pada Oktober tahun lalu kerana selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Tentu sahaja mempunyai anak membuatkan pasangan suami dan isteri begitu bahagia. Buat Fazura pula, dia kadang kala memuat naik momen sweet bersama anaknya itu diruangan Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Malah puteri sulung Fazura yang diberi nama Nur Fatima Aisya telah tular pada 1 Januari lalu selepas dikongsikan buat pertama kali wajah anak pasangan pelakon ini kepada umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Walau bagaimanapun, terbaharu satu rakaman video dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram ini pula sekali lagi telatah Fatima mencuit hati peminat sehinggakan hantaran itu menerima pelbagai reaksi.

Kelihatan Fazura sedang menggunakan lipstik jenamanya sendiri lalu telatah Fatima seolah-olah terpesona dengan kecantikan ibunya itu mengundang video terbabit menjadi tumpuan wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SayangSelaseh01 (@sayangselaseh01)


Ruangan komen di posting pula dua beranak ini dihujani reaksi senang peminat dan pengikut dapat melihat kecomelan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *